Cerita Auto

Shell Helix HX8 Kini Boleh Didapati di Pasaran Malaysia

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan minyak enjin sintetik Shell Helix HX8 baharu yang didatangkan dengan teknologi Flexi Molecule.

BHP Banner MPV Lexus

Minyak ini menawarkan kawalan deposit dan kestabilan kelikatan suhu tinggi 58% lebih baik, perlindungan hakisan 78% lebih baik dalam keadaan pemanduan berhenti dan bergerak di bandar serta perlindungan kehausan 40% lebih baik.

Hasilnya, pemilik kereta dapat menikmati jangka hayat enjin yang lebih lama dengan penjimatan bahan api yang dipertingkatkan, selang masa penukaran minyak hitam yang lebih panjang dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

Shell Helix HX8 yang baru boleh didapati dalam dua pilihan kelikatan untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia. Harga runcit yang disyorkan bagi pek 4 liter ialah RM165 (Semenanjung Malaysia) dan RM166 (Sabah dan Sarawak) bagi Shell Helix HX8 Synthetic 5W-40; dan RM180 (Semenanjung Malaysia) dan RM181 (Sabah dan Sarawak) bagi Shell Helix HX8 X 5W-30.

???

“Shell Helix HX8 yang baharu menawarkan prestasi minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium agar para pemilik kereta boleh memberikan produk yang terbaik untuk kereta mereka tanpa kompromi,” kata Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan.

Sempena meraikan pelancaran, sebanyak 888 pek Shell Helix HX8 disediakan percuma untuk para pemilik kereta yang mendaftar secara dalam talian di www.shell.com.my/helix888. Tiada pembelian diperlukan dan pemenang bertuah akan menerima kod promo menerusi SMS.

Selain itu, pembelian produk baharu ini juga melayakkan pengguna menyertai program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (SHARE). Ia menawarkan minyak enjin Shell percuma untuk pembelian terkumpul dan Shell Helix Engine Warranty (SHEW) percuma untuk kereta berusia bawah 8 tahun dengan jarak pemanduan tidak melebihi 150,000 km.

Previous post

Mercedes-AMG CLA 35 4Matic Bakal Muncul Tidak Lama Lagi

Next post

Mazda CX-8 Akan Buat Kemunculan di Malaysia Autoshow 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *