Berita Auto

Proton Teruskan Kerjasama Dengan Petronas

Proton hari ini melanjutkan lagi kerjasama mereka bersama Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM), anak syarikat Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Petronas Lubricants International (PLI) selama sepuluh tahun, bagi menghasilkan dan menghantar produk-produk pelincir dan cecair-cecair berfungsi, berkuatkuasa 1 Januari 2019.

BHP Banner booster

Perjanjian Pembekalan, Teknologi, Komersial dan Kerjasama Global (STCCA) ditandatangani oleh Ruslan Islahudin iaitu Ketua Perniagaan Daerah APAC PLI, disaksikan Andrew Wong, Ketua Wilayah bagi OEM APAC, dan bagi pihak Proton ialah Lim Meng Jin, Ketua Pegawai Perolehan Proton, disaksikan Yusri Yusof, Pengarah Kanan Strategi Korporat.

Bagi Perjanjian Pembekalan dan Kerjasama Komersial Tempatan (LSCCA) pula, ianya telah ditandatangani oleh Hardeep Singh, Ketua Pegawai Eksekutif PLMM yang mewakili Petronas dan disaksikan oleh Gan Kher Yang, Pengurus Besar Jualan B2C manakala bagi pihak Proton adalah Tuan Haji Hamizan Osman, Pengarah Kanan Perolehan Proton serta saksi yang sama.

Sesi menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB dan Pengerusi PLMM dan PLI serta Giuseppe D’Arrigo, Ketua Pegawai Eksekutif PLI. Pihak Proton pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Radzaif Mohamed.

PETRONAS PROTON JV9

“Proton dan Petronas telah bekerjasama sejak dahulu lagi, jadi tidak hairanlah sekiranya kami ingin melanjutkan tempoh perjanjian kerjasama ini. Proton bakal menghasilkan pelbagai model baharu yang menarik dan kami sangat teruja untuk meneroka dengan lebih mendalam cecair-cecair teknikal yang dihasilkan bersama Petronas yang akan memberi
manfaat kepada pelanggan kami,” kata Dr Li Chunrong.

“Petronas telah menjadi pembekal cecair rasmi kepada Proton sejak 1989. Kami berbesar hati untuk mengembangkan lagi perkongsian ini kerana ini merupakan bukti jelas kepercayaan dan keyakinan Proton terhadap produk dan perkhidmatan kami,” ujar Dato’ Sri Syed Zainal Abidin.

Melalui perkongsian ini, PLI dan PLMM akan terus membekalkan pelbagai produk berkualiti untuk memenuhi keperluan kilang Proton dan servis selepas jualannya, dengan menjadikan rangkaian Petronas Syntium SE sebagai produk utama.

Previous post

Mercedes-Benz A-Class Sedan Terjah Pasaran Malaysia

Next post

Yamaha Y15ZR V2 Dijual Pada Harga RM8,168

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *