Berita Auto

Malaysia Autoshow 2019: Perodua Tawar Hadiah Wang Tunai Sehingga RM20,000

Perodua akan menawarkan pelbagai hadiah wang tunai serta tawaran eksklusif kepada mereka yang mengunjungi Malaysia Autoshow 2019, yang akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 11hb-14hb April.

BHP Banner Banjir

Pengunjung yang menempah Myvi, Axia, Bezza atau Alza di acara tersebut boleh menikmati rebat khas RM500, peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM20,000 atau pelbagai peranti elektronik, serta promosi ‘3 Hassle Free Bonus’, semasa pendaftaran kenderaan baharu mereka.

Promosi tersebut merangkumi Perlindungan Aset Dijamin selama tiga tahun dan Perlindungan Kemalangan Peribadi selama tiga tahun semasa pembaharuan insurans dan/atau servis. Pelanggan juga akan mendapat baucar RM300 yang boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.

flyer1 (1)

Pakej pelincir terpilih boleh didapati pada diskaun sehingga 15% dan aksesori terpilih sehingga 10%, manakala koleksi GearUp turut ditawarkan pada diskaun 10%.

Pengunjung yang membelanjakan RM150 dan lebih untuk pembelian barangan selepas-jualan akan membawa pulang tumbler Perodua, manakala mereka yang membelanjakan RM150 dan lebih untuk membeli e-baucar akan mendapat payung Perodua.

flyer2

Mereka yang membeli atau menempah bodykit atau pakej GearUp akan mendapat e-baucar bernilai RM150 untuk Myvi dan Alza, RM200 untuk Axia dan RM300 untuk Bezza. E-baucar ini boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.

Selain itu, pengunjung juga boleh melihat dengan lebih dekat kenderaan konsep Perodua dari Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18), iaitu X-Concept dan Myvi GT.

Perodua Myvi GT

“Kami juga akan membawa ke sana Kenderaan Pra-Milik Sah Perodua bagi mereka yang mahukan ketenangan minda menyeluruh semasa membeli kenderaan terpakai Perodua. Pengunjung juga boleh mengalami teknologi Advanced Safety Assist (ASA) yang terdapat pada Myvi dan Aruz, untuk memahami dan menghargai bagaimana ia berfungsi untuk mengelakkan pelanggaran dan situasi yang tidak diingini,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

Previous post

McLaren Tunjuk Model Grand Tourer Akan Datang

Next post

Porsche Taycan Hampir Siap Diuji

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *