Berita Auto

Hi Proton! Untuk Iriz & Persona 2019

Senarai HargaBHP Banner Persona IrizSenarai PakejPROTON secara rasminya melancarkan Proton Iriz dan Persona 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam. Dato_ Sri Syed Faisal Albar (Chairman of PROTON)Model hatchback dan sedan keluarga segmen-B PROTON itu telah ditambahbaik secara menyeluruh sebagai model 2019 dan telah diubahkan reka bentuknya, dilakukan penambahbaikan pada lebih 300 bahagian serta dengan pengenalan ciri-ciri pintar pertama dalam kelas yang membezakannya daripada pesaing-pesaing.Dr Li Chunrong (CEO of PROTON) and Dato_ Radzaif Mohamed (DCEO of PROTON) Kini terdapat sistem stereo pintar pada kedua-dua model ini terus memperkenalkan ciri-ciri pertama dalam kelas. Pada varian Premium 1.6AT bagi kedua-kedua model, sistem ini menggunakan kad eSIM yang membolehkan pengguna untuk kekal bersambung ke Internet. Sistem ini turut menawarkan aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan pengecaman suara yang boleh diakses melalui skrin sentuh 7-inci dengan paparan warna penuh serta memori dalaman sebanyak 16GB. Untuk kemudahan tambahan, sistem ini juga mempunyai kemampuan pencerminan bagi telefon pintar Android.Encik Hazrin Fazail Haroon (Director Of Group Engineering)Ya. Sekarang Iriz dan Persona boleh bercakap. Cakap Hi Proton!  dan akses pelbagai pilihan yang ada menggunakan arahan suara ini. Sistem ini juga akan menerima kemas kini Over The Air (OTA) secara berkala apabila terdapat aplikasi-aplikasi baharu.Encik Azlan Othman, Chief Designer, PROTON DesignReka bentuk luar model Proton Iriz dan Persona 2019 ini turut diubah dengan gambaran baharu Syarikat iaitu gril hadapan Ethereal Bow sama seperti Proton X70. Bampar hadapan dan belakang baharu, hiasan belakang berwarna hitam, reka bentuk roda aloi baharu serta antena sirip yu yang membuatkan Iriz lebih menonjol. Reka bentuk Proton Persona 2019 tidak begitu ketara. Cuma tambahan corak Ethereal Bow dan Infinite Weave, trademark baharu PROTON, spoiler baharu pada but, reka bentuk bampar hadapan dan belakang baharu dan reka bentuk roda aloi.Proton PersonaBisnes Suku pertama tahun ini telah menyaksikan Syarikat mendahului jualan pasaran SUV melalui Proton X70. Sehingga kini, lebih 11,000 unit telah diserahkan dan dengan tempahan diterima yang dicatatkan sebanyak lebih 25,000 unit, maka pada bulan-bulan akan datang ini akan memperlihatkan lebih banyak Proton X70 diserahkan kepada para pemilik. Populariti SUV pertama PROTON adalah disebabkan oleh gaya kontemporari pada model tersebut, kualiti produk yang luar biasa, ciri-ciri pintar dan harganya yang berpatutan.Proton Iriz

Previous post

Toyo Proxes Terbaharu - TR1 - Sekarang Di Malaysia

Next post

Aston Martin DBS Superleggera Volante Didedahkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *