Cerita Auto

BMW Z4 (G29) Buat Penampilan Sulung di Malaysia

Selain melancarkan 3 Series baharu, BMW Malaysia turut sempat membuat kejutan dengan memperkenalkan Z4 (G29) baharu yang akan memasuki pasaran tempatan bermula Mei ini.

BHP Banner AEB

Walaupun unit yang dipertontonkan ini adalah varian M40i dengan enjin turbo 3.0-liter enam silinder sebaris, syarikat itu mengesahkan bahawa ia akan menawarkan varian sDrive30i M Sport yang dikuasakan oleh enjin 2.0-liter empat silinder.

IMG_6329

Dengan 258 hp dan 400 Nm dari 1,550 hingga 4,400 rpm, Z4 sDrive30i yang dilengkapi dengan transmisi automatik Steptronic Sport lapan kelajuan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.4 saat, dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

IMG_6332

Selain itu, model roadster ini turut didatangkan dengan komponen-komponen yang tercanggih dalam industri automotif seperti suspension M Sport dan Variable Sport Steering.

The All-New BMW Z4 (7)

Antara kelengkapan standard yang akan disertakan adalah lampu LED dengan corak heksagon, BMW Digital Key, panel instrumen BMW Live Cockpit Professional, serta Intelligent Parking Assistant dengan Reversing Assistant.

The All-New BMW Z4 (5)

Z4 akan ditawarkan dalam warna San Francisco Red, Misano Blue, Black Sapphire dan Alpine White. Bahagian dalaman pula boleh didapati dalam warna hitam dengan sulaman hitam, Magma Red dengan sulaman hitam, serta perang-merah (Cognac) dengan sulaman hitam.

The All-New BMW Z4 (10)

Harga anggaran bagi model ini adalah RM460,000.

 

 

Previous post

Adakah Pemandu Benar-Benar Memerlukan AEB?

Next post

Sistem Hibrid Ringan 48-Volt Hyundai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *