Berita Auto

Audi Q8 Dapat 2 Enjin V6 Baharu Dengan Sistem Mild Hybrid

Audi telah memperkenalkan dua pilihan enjin V6 baharu bagi SUV mewahnya iaitu Q8. Bermula sekarang, pelanggan di Eropah boleh mendapatkan model itu dengan enjin 3.0 TFSI atau 3.0 TDI.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Secara rasminya, varian dengan enjin 3.0 TFSI dikenali sebagai ‘Q8 55 TFSI’. Ia mempunyai 340 hp dari 5,200 hingga 6,400 rpm dan 500 Nm dari 1,370 hingga 4,500 rpm, membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.9 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

Sementara itu, varian ‘Q8 45 TDI’ dengan enjin 3.0 TDI pula menjana 231 hp dan 500 Nm dari 1,750 hingga 3,250 rpm. Pecutan 0-100 km/j dilakukan dalam 7.1 saat manakala kelajuan maksimum adalah 233 km/j bagi varian diesel ini.

Audi Q8 gohedgostan 03

Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan sistem mild hybrid yang dikatakan dapat mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 0.7 liter setiap 100 km. Sistem ini merangkumi bateri lithium-ion dan Belt Alternator Starter (BAS) yang berfungsi membekalkan sehingga 12 kW tenaga kepada bateri itu.

Menariknya, Q8 mampu bergerak secara ‘coasting’ (enjin dimatikan) pada kelajuan antara 55 dan 160 km/j untuk 40 saat sebelum enjin dihidupkan semula oleh BAS.

Audi Q8 gohedgostan 02

Kedua-dua varian dilengkapi dengan transmisi tiptronic lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda quattro. Antara kelengkapan standard yang disertakan adalah rim 19 inci dengan tayar 265/55, sistem suspensi dengan kawalan peredam, Audi Drive Select, sistem navigasi MMI dan Virtual Cockpit.

 

Previous post

MyOpal Services Berpindah Ke Pejabat Serba Baharu

Next post

Toyota Supra dan Yaris Bakal Masuk Malaysia Tahun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *