Berita Auto

McLaren Rai Kemenangan Pertama F1 Dengan Model Edisi Terhad

Pada tahun 1968, McLaren merangkul kejayaan pertamanya dalam Formula 1 di Grand Prix Belgium di litar Spa-Francorchamps. Kemenangan itu dicapai oleh pengasas syarikat, Bruce McLaren yang memandu jentera M7A. Bagi meraikan saat istimewa itu, McLaren akan menawarkan tiga buah 720 S 68 Spa.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Dibangunkan oleh McLaren Special Operations (MSO), model edisi terhad ini didatangkan dalam warna Anniversary Orange dengan rim berwarna Satin Black. Menurut McLaren, warna tersebut diformulasikan untuk kelihatan seperti warna Papaya Orange yang digunakan pada jentera lumba itu.

mclaren-720-spa-68-2

Selain itu, lakaran litar Spa boleh dilihat di dua tempat berlainan iaitu berdekatan dengan tayar belakang dan pada perehat kepala tempat duduk. Terdapat juga tulisan “1st McLaren F1 victory Belgian Grand Prix 9th June 1968 – Bruce McLaren” pada bahagian pintu.

mclaren-720-spa-68-3

Lebih menarik lagi, setiap pembeli akan mendapat kunci khas yang didatangkan dalam warna Anniversary Orange dengan tulisan “Spa 1968” berwarna perak.

mclaren-720-spa-68-4

Tiada perubahan diberikan pada bahagian enjin, bermakna model ini masih mengekalkan enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang menghamburkan 720 hp dan 770 Nm.

mclaren-720-spa-68-5

720 S 68 Spa boleh dibeli menerusi McLaren Brussels, namun dua daripadanya telah pun mempunyai pemilik masing-masing.

 

Previous post

Subaru Forester STI dan Impreza STI ke Tokyo Auto Salon 2019

Next post

Tokyo Auto Salon 2019: Suzuki Bawa Trak Pikap Jimny

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *