Cerita Auto

Volvo Buka Pusat 3S di Melaka

Volvo Car Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) terbarunya di Jalan Tun Sri Lanang, Melaka, bersama dengan rakan pengedar Seong Hoe Motors Sdn Bhd.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Selain mengukuhkan kehadiran jenama Volvo di Pantai Barat, pembukaan pusat ini juga merupakan sebahagian daripada program transformasi Volvo yang dimulakan lebih dua tahun lalu.

Interior - Sales Reception 1

Program transformasi tersebut menyaksikan pelaksanaan piawaian baharu seperti Pengalaman Runcit Volvo (VRE) di semua bilik pameran Volvo di seluruh negara. VRE merupakan piawaian komprehensif yang meliputi pelbagai aspek seperti penampilan dan suasana bilik pameran serta kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Interior - The Street 3

“Kami memberi tumpuan untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang konsisten yang mencerminkan nilai teras kami. Adalah penting bagi kami untuk mengekalkan daya tarikan Scandinavia kereta kami di dalam bilik pameran dan pusat servis juga,” kata Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

Interior - Service Bay 1

Pusat 3S terbaru ini mempunyai enam ruang servis yang sesuai untuk model hibrid plug-in Volvo seperti XC90, XC60 dan S90. Ia dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang (Isnin hingga Sabtu) dan dari 11 pagi hingga 5 petang (Ahad dan cuti umum).

 

Previous post

Chevrolet Mungkin Mengeluarkan Trak Pikap Sel Bahan Api Ini

Next post

KLIMS 2018: SDAC-Ford Bakal Lancar Ranger Raptor dan Perkenalkan Mustang Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *