Cerita Auto

Nissan Almera Masih Kuat, Masih Kukuh, Masih Ada

KINI DENGAN NISSAN ALMERA – SIRI HITAM BAHARU – DALAM 5 WARNA!

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan Almera – Siri Hitam baharu, model Nissan kedua yang diperkenalkan dengan edisi Siri Hitam.

BHP

Nissan Almera – Siri Hitam baharu ini dilengkapi dengan Gril Depan Hitam, Penutup Cermin Tepi Hitam, Spoiler Trunk Lid Hitam dan Rim Aloi Hitam berjejari-Y bersaiz 15 inci, bersama dengan Aerokit serba baharu Titanum Gelap yang direka khas oleh TOMEIPowered Inc. Co., Ltd, satu jenama Jepun yang memang terkenal dengan teknologi dan prestasinya dalam sukan permotoran.

07 New Almera Black Series_Gloss Black Front Grille

08 New Almera Black Series_Gloss Black Y-Spoke 15-inch Alloy Wheel

05 New Almera Black Series_TOMEI Rear Bumper Spoiler with Dark Titanium Accent & Gloss Black Trunk Lid Spoiler

09 New Almera Black Series_Gloss Balck Front Grille

01 New Almera Black Series_Group Photo with ETCM Management and TOMEI Executives

06 New Almera Black Series_TOMEI  Side Skirts with Dark Titanium Accent

Ruang dalaman dipertingkatkan lagi menerusi Tempat Duduk Kulit dengan kemasan Titanum Gelap rekaan terbaru, serta Paparan Skrin Audio Clarion 6.75 inci dengan kamera pandangan belakang, sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™, memastikan sentiasa terhubung sepanjang jalan. Nissan Almera – Siri Hitam juga dilengkapi dengan filem penghalangan haba Solar Gard dan Perakam Video Pemanduan (DVR) dengan sudut luas 150 darjah yang memberi ketenangan minda dan rasa selamat.

12 New Almera Black Series_Newly Designed Leather Seats

11 New Almera Black Series_Clarion Advanced Display Audio with Reverse Camera, Apply CarPlay & Andriod Auto

10 New Almera Black Series_Driving Video Recording

Nissan Almera – Siri Hitam baharu mengekalkan enjin 1.5 liter empat silinder HR15DE dengan Sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) yang menawarkan pecutan serta penjimatan bahan api yang mengagumkan sebanyak 14.9km/L. Almera juga dilengkapi dengan ciri Kekunci Pintar (i-Key) dengan Sistem Kemasukan Tanpa Kunci*, Butang Penghidup Enjin* dan Kawalan Suhu Automatik*. Sementara ruang kaki seluas 25 inci dan kargo seluas 490 liter menawarkan pemanduan yang selesa tanpa berkompromi dari segi ruang. (*Untuk varian VL)

Selain itu, Nissan Almera – Siri Hitam hadir dalam lima warna iaitu hitam (Diamond Black), putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), emas (Bronze Gold) dan hijau (Titanium Olive) baru, yang eksklusif hanya untuk Almera – Siri Hitam.

Nissan Almera – Siri Hitam baharu dipasang di kilang serta boleh didapati dalam varian E dan VL. Kereta ini hadir dengan jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Sementara jaminan aksesori pula adalah selama 3 tahun atau 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

  NISSAN ALMERA – Siri Hitam*
1.5L E Auto (RM)

(termasuk 10% Cukai Jualan tanpa Insurans)

1.5L VL Auto (RM)

(termasuk 10% Cukai Jualan tanpa

Insurans)

Peninsular Malaysia RM 69,800.00 RM 79,800.00
Sabah RM 72,300.00 RM 82,300.00
Sarawak RM 72,300.00 RM 82,300.00

* Harga termasuk pakej Siri Hitam bernilai RM8,500: Aerokit TOMEI serba baharu (Spoiler Bampar Hadapan, Skirting Sisi dan Spoiler Bampar Belakang), Gril Depan Hitam, Penutup Cermin Tepi hitam, Spoiler Trunk Lid Hitam, Rim Aloi hitam berjejari-Y bersaiz 15 inci, Paparan Skrin Audio Clarion 6.75 inci dengan kamera  pandangan belakang, sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™, Tempat Duduk Kulit rekaan terbaru, Perakam Video Pemanduan (DVR), filem penghalangan haba Solar Gard.

  TAWARAN AKHIR TAHUN
1.5L E Auto 1.5L VL Auto
Rebat Tambahan RM 4,000 RM 7,000
Penjimatan dengan tukar beli 2 tahun waranti RM 1,000

Pemilik Nissan Almera sedia ada yang berminat boleh menaik taraf kereta mereka dengan Aerokit TOMEI serba baharu. Sila hubungi talian 03-4047 8786 atau hantar emel ke tomei@tanchonggroup.com.

????????????????????

Nissan Almera – Siri Hitam baharu akan membuat penampilan dalam acara Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara di bilik-bilik pameran terpilih pada dua hujung minggu iaitu 9 hingga 11 November dan 17 hingga 18 November 2018, bermula jam 10am hingga 8pm. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival ini dan menjadi yang terawal menguji Nissan Almera – Black Series baharu.

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara:

Tarikh Wilayah Lokasi
9 – 10 November Utara ETCM Alor Setar
Pantai Timur ETCM Kuala Terengganu
10 – 11 November Tengah ETCM Petaling Jaya
Tengah ETCM Jalan Raja Laut*
Utara ETCM Butterworth
Utara ETCM Ipoh
Selatan ETCM Taman Tun Aminah
Selatan ETCM Seremban*
Sabah ETCM Sandakan
Sarawak ETCM Miri
17 – 18 November Tengah ETCM Glenmarie
Tengah ETCM Cheras
Utara ETCM Penang
Utara ETCM Sitiawan
Pantai Timur ETCM Kuantan
Selatan ETCM Johor Jaya
Selatan ETCM Semabok
Sabah ETCM Kota Kinabalu
Sarawak ETCM Kuching

*     Eksklusif dengan aktiviti Nissan Nurtures Nature.

Tarikh dan lokasi Siri Jelajah Nissan:

Date Venue
6 – 11 November AEON Tebrau City, Johor
6 – 11 November Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
8 – 11 November East Coast Mall, Kuantan
9 – 11 November Plaza Merdeka, Kuching
13 – 18 November AEON Taiping, Perak
16 – 18 November Kluang Mall, Johor
16 – 18 November Centre Point, Kota Kinabalu
22 – 25 November Melawati Mall, Selangor
23 November –

2 December

Nissan @ KL International Motorshow 2018,

MITEC Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838.

04 New Almera Black Series_TOMEI Front Bumper with Dark Titanium Accent

Previous post

Mitsubishi Motors Malaysia Umum 6 Panggilan Semula

Next post

Trafik Jam 1 Jam Yang Sepatutnya Boleh Dielakkan

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>