Cerita Auto

Mitsubishi Triton Baharu Dibuka Untuk Tempahan

Selepas dilancarkan di Thailand pada awal bulan ini, Mitsubishi Triton baharu kini dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 2018) yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur dari 23 November hingga 2 Disember.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Kini dibuka untuk tempahan, Triton bakal memasuki pasaran Malaysia dengan lima pilihan varian dengan harga bermula dari RM100,000 hingga RM140,000. Ia dipasang di kilang pengeluaran Mitsubishi Motor Corporation yang terletak di Laem Chabang, Thailand. Lebih menarik lagi, 1,000 pelanggan pertama yang menempah dan mendaftar model ini akan beg Thule edisi terhad bernilai RM2,000.

IMG_2547

Triton baharu menampilkan rekaan ‘Dynamic Shield’ terkini dengan garisan hud dan lampu utama yang diletakkan pada kedudukan lebih tinggi bagi menghasilkan ‘muka’ yang agresif. Ia ditawarkan dalam empat warna iaitu White Diamnd, Black Mica, Sterling Silver dan Graphite Grey Metallic.

Mitsubishi Triton

Model ini dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.4-liter MIVEC dengan teknologi Variable Valve Timing dan Variable Geometry Turbo yang menjana 181 PS dan 430 Nm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik enam kelajuan yang dipadankan dengan ciri Super Select 4WD II dengan mod Off-Road.

IMG_2548

Dari segi keselamatan, Triton didatangkan dengan Forward Collision Mitigation (FCM), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System
(UMS), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Blind Spot Warning with Lane Change Assist (BSW with LCA) dan Auto High Beam (AHB).

6. New Triton (rear)

Bergantung pada varian, ia juga mempunyai tujuh beg udara, Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Active Stability with Traction Control (ASTC), Hill-Start Assist (HSA), Hill Descend Control (HDC), Trailer Stability Assist (TSA) dan Brake Override System.

 

Previous post

Honda Malaysia Pamer Kehebatan Teknologi di KLIMS 2018

Next post

Ford Ranger Raptor Dilancarkan Dengan Harga RM199,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>