Penyelenggaraan

Volkswagen Lancar ‘Volkswagen Cares’

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan program kesetiaan pelanggan “Volkswagen Cares”. Pelancaran itu diadakan sempena acara Volkswagen Fest 2018 yang menyaksikan para peminat Volkswagen dari semua latar belakang meraikan rasa cinta terhadap jenama ini selama tiga hari.

BHP

Falsafah utama di sebalik Volkswagen Cares adalah komitmen untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan Volkswagen. Kunci kepada inisiatif ini ialah aplikasi mudah alih Volkswagen Cares, satu inisiatif selepas jualan yang menggunakan platform baharu untuk jenama ini berhubung dengan para pelanggannya dan sentiasa menambah baik pengalaman pemilikan mereka.

Aplikasi mudah alih itu hadir bersama satu senarai ciri berkaitan dengan jualan dan selepas jualan. Ia merangkumi tawaran servis, ganjaran kepada pemilik, video pendidikan, tip kemas kini acara dan bantuan tepi jalan 24 jam – semuanya melalui satu sentuhan butang sahaja. Aplikasi mudah alih Volkswagen Cares boleh digunakan pada peranti IOS dan Android. Jadi, ia boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play.

Mereka yang tidak memiliki kenderaan Volkswagen juga dijemput untuk memuat turun aplikasi mudah alih tersebut bagi mengakses tawaran, kandungan video Volkswagen serta menerima kemas kini tentang acara anjuran Volkswagen melalui notifikasi.

Berucap pada majlis pelancarannya, Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Volkswagen Cares bukan sekadar satu program kesetiaan.

“Volkswagen Cares melibatkan semua peringkat, rakan sekerja, rakan pengedar dan pemegang saham kami yang lain. Lebih penting lagi, ia tentang bagaimana kami berinteraksi, berhubung dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

“Volkswagen lebih mudah dirasai sendiri daripada dijelaskan dengan kata-kata. Aplikasi mudah alih ini diilhamkan berdasarkan kepada aspek ini. Ia bukan sahaja membuatkan perkhidmatan kami lebih mudah diakses oleh para pelanggan, malah menjadi satu cara untuk kami menghargai dan berhubung dengan semua pelanggan setia.”

VWCaresAPP_Volkswagen Care Plus (VCP)

Salah satu bahagian penting dalam Volkswagen Cares ialah Volkswagen Care Plus (VCP), satu program eksklusif untuk pelanggan yang memiliki kenderaan berusia lima tahun dan ke atas.

Dengan sekali bayaran sebanyak RM138, kelebihan yang dapat dinikmati oleh ahli VCP termasuklah tiga baucar diskaun 20%, lanjutan Bantuan Tepi Jalan Volkswagen selama dua tahun serta baucar barangan bernilai RM100 yang boleh dilihat dan diuruskan menerusi aplikasi mudah alih.

Pelanggan yang berminat boleh mendaftar di mana-mana pengedar sah Volkswagen dan membuat bayaran sebelum menerima kad keahlian masing-masing.

Keahlian Percuma Volkswagen Care Plus pada acara Volkswagen Fest 2018

Bagi meraikan pelancaran VCP, VPCM menawarkan keahlian percuma kepada 200 pelanggan pertama yang mendaftar.

Pelancaran Volkswagen Cares dan VCP diadakan sempena acara Volkswagen Fest 2018 yang berlangsung mulai 12hingga 1 Oktober, bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Meraikan apa jua tentang Volkswagen, para pengunjung boleh menikmati banyak tawaran eksklusif ke atas model-model Volkswagen yang baru dan terpakai. Di samping pelbagai aktiviti untuk keluarga seperti trak makanan, persembahan buskers, tayangan filem (12 Oktober) dan konsert terbuka (13 Oktober).

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.myVWCaresAPP with QR Code

 

 

Previous post

Giliran Sandakan Sabah Buka Pusat 3S PROTON Baharu

Next post

Pengunjung KLIMS'18 Boleh Menang Kereta

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *