Berita Auto

BMW Group Malaysia dan Tian Siang Premium Auto Lancar 4 Lagi Fasiliti Pengecasan di Utara Tanah Air

BMW Group Malaysia dan Tian Siang Premium Auto telah memperkenalkan empat fasiliti pengecasan BMW i baharu iaitu dua di The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh dan selebihnya di Iconic Hotel, Pulau Pinang.

BHP

Raymond Tan, Ketua Jualan untuk BMW Group Malaysia berkata, “Fasiliti-Fasiliti Pengecasan BMW i yang Baharu ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan untuk menunaikan komitmen kami kepada mobiliti elektro di dalam negara. BMW Group Malaysia telah menyerahkan hampir 10,000 unit kenderaan sehingga ke hari ini, dengan jentera BMW iPerformance yang merangkumi 56% daripada keseluruhan jumlah unit yang berjaya diserahkan.”

Tan Ka Kin, Pengarah Urusan Tian Siang Premium Auto juga mengatakan bahawa tahun 2018 telah menjadi tahun yang menjayakan untuk pengedar premium tersebut. Ujar beliau, “Sehingga ke hari ini untuk tahun 2018, kami telah menyerahkan lebih daripada 300 unit kenderaan jenama BMW di Perak dan lebih daripada 400 unit kenderaan jenama yang sama di Pulau Pinang, yang masing- masing terdiri daripada 64% dan 59% unit yang merangkumi kenderaan BMW iPerformance.”

BMW 1

Pengenalan fasiliti-fasiliti terbaru ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BMW Group Malaysia untuk memacu e-mobiliti ke hadapan melalui inovasi, kesedaran terhadap teknologi yang bersih dan baharu bagi industri automotif, serta untuk mengubah infrastruktur bagi kenderaan elektrik premium di dalam negara.

BMW Group Malaysia telah melancarkan fasiliti pengecasan BMW i yang pertama di negeri Perak pada awal tahun ini oleh Tian Siang Premium Auto di WEIL Hotel, Ipoh, diikuti dengan Holiday Inn Melaka dan The Equatorial Melaka oleh Seong Hoe Premium Motors, dan di CityONE Megamall Kuching oleh Regas Premium Auto Sarawak.

BMW 4

Portfolio Mobiliti Bervisi yang dibawakan oleh BMW Group Malaysia dengan kenderaan BMW iPerformance juga didukung oleh platform ChargEV melalui usaha samanya dengan Malaysian Green Technology Corporation. Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada program BMW 360° Electric menawarkan akses 24 jam sehari dan 7 hari seminggu ke atas 270 fasiliti pengecasan ChargEV di seluruh negara.

Previous post

Volvo Cars Melabur Dalam Teknologi Fast Charging Oleh FreeWire

Next post

Hyundai-Sime Darby Motors Buka 5 Outlet Baru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *