Berita Auto

Infiniti Project Black S ke Paris Motor Show 2018

Jika anda masih ingat, tahun lalu menyaksikan kemunculan Infiniti Q60 Project Black S yang dibina untuk meneroka potensi teknologi F1 bagi penggunaan di atas jalan raya.

BHP

Dalam perkembangan terbaru, Infiniti mengesahkan bahawa ia akan mempamerkan sebuah prototaip terbaru berasaskan model tersebut di acara Paris Motor Show pada bulan Oktober ini.

Prototaip tersebut menampilkan gabungan enjin VR30 3.0-liter twin-turbo V6 dan Energy Recovery System (ERS) dengan kuasa keseluruhan sebanyak 571 PS. Dengan nisbah kuasa-berat 235W bagi setiap kg, jentera ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa kurang dari empat saat.

????????????????????????

Project Black S menggunakan tiga Motor Generator Unit (MGU). Sebuah MGU-K mengumpul tenaga kinetik yang terhasil semasa brek, manakala dua MGU-H pula mengumpul tenaga haba dari gas ekzos. Ini bermakna tenaga elektrik akan sentiasa terhasil sama ada kereta sedang memecut atau membrek.

Menurut Infiniti, Project Black S merupakan sebahagian daripada pelannya untuk mempunyai portfolio kenderaan elektrik bermula 2021. Prototaip ini dibina berasaskan model Q60 Red Sport 400 dengan kerjasama pasukan F1 Renault Sport.

 

Previous post

Lokasi AES Setakat Ini

Next post

Ariel Atom 4 - 320bhp - 0-100km/h Dalam Hanya 2.8 Saat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *