Berita Auto

Pusat 3S Nissan Yang Pertama di Negeri Sembilan Dibuka

Seremban Victory Credit, pengedar sah Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini melancarkan sebuah pusat 3S Nissan yang terletak di Seremban.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Anthony Loke, yang turut ditemani oleh Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan, dan Pengarah Seremban Victory Credit, Trevor Tham.

05 Launch_Nissan 3S Seremban Victory Credit

Pusat 3S Nissan Seremban Victory mempunyai kawasan binaan seluas 12,000 kaki persegi. Melibatkan pelaburan sebanyak RM10 juta, pusat itu mempunyai bilik pameran yang boleh memuatkan lapan buah kenderaan serta 13 ruang servis yang mampu menyelenggara sehingga 40 buah kereta sehari.

03 Interior_Nissan 3S Seremban Victory

Bukan itu sahaja, perkhidmatan insurans dan sewa beli, ruang rehat pelanggan yang selesa, Wi-Fi percuma, ruang penyerahan berhawa dingin dan sudut kanak-kanak merupakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh pelanggan nikmati di pusat tersebut.

08 Driver Airbag Replacement Demonstration

Waktu operasi pusat 3S Nissan Seremban Victory bermula dari 9 pagi hingga 6.00 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat, 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada Sabtu, Ahad dan cuti umum. Pusat servis pula dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap Isnin hingga Sabtu.

04 Interior_Nissan 3S Seremban Victory Credit

Untuk temu janji, pelanggan boleh menghubungi Seremban Victory Credit di talian 06-720 2666 atau 06-720 2888.

Previous post

Peringatan Untuk Mereka Yang Lupa Siapa Boss!

Next post

Fazrul Kembali ke Litar Cub Prix

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *