Berita Auto

Grantt Lancar Minyak Enjin Stellar 8000 Baharu

UMW Grantt International hari ini melancarkan produk terbarunya iaitu minyak enjin sintetik sepenuhnya Stellar 8000 SAE 0W-20 dengan penarafan API SN Plus.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia dikatakan minyak enjin pertama di Malaysia yang dirumuskan dengan Knock Guard Technology yang menawarkan perlindungan terhadap Low Speed Pre-Ignition (LSPI).

LSPI merupakan keadaan di mana pembakaran berlaku lebih awal sebelum percikan dari palam pencucuh dan boleh menyebabkan kerosakan teruk terhadap enjin.

SAM_4693

Menurut syarikat itu, Stellar 8000 memberikan sekurang-kurangnya 80% lebih perlindungan kepada enjin. Dengan aditif antioksidan yang mengawal penebalan minyak, formulasi yang digunakan memberikan aliran yang lebih baik ke bahagian-bahagian penting enjin.

Ini juga memberikan perlindungan semasa enjin dihidupkan dalam keadaan suhu rendah sambil mengekalkan manfaat kelikatan pada suhu operasi yang lebih tinggi. Sistem dispersant dan detergen canggih membantu mengelakkan enapcemar dan pembentukan deposit untuk enjin yang lebih bersih dan cekap.

SAM_4686

Harga runcit bagi minyak enjin Stellar 8000 oW-20 adalah RM199 bagi 4 liter. Bersempena dengan pelancaran itu, Grantt turut memperkenalkan produk baharu yang lain seperti minyak enjin diesel Quasar SAE 10W-40, serta cecair transmisi automatik CVT dan WS (World Standard).

Previous post

VW Beetle Elektrik Dengan 4-Pintu Dirancang

Next post

Honda MSX 125 SF Dilancarkan - RM10,499

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *