Motosikal / Lain Lain Roda

Honda MSX 125 SF Dilancarkan – RM10,499

Boon Siew Honda telah memperkenalkan versi terkini MSX 125 SF yang didatangkan dengan warna dan jalur baharu yang lebih segar iaitu Incredible Green, Halloween Orange, Splendid Blue dan Gayety Red. Warna-warna ini akan menggantikan skema warna sedia ada.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dilancarkan ke pasaran Malaysia buat pertama kali pada Disember 2016, jentera kompak ini mudah ditunggang serta praktikal. Ia masih mengekalkan ciri-ciri seperti papan pemuka digital LCD yang mudah dibaca, serta lampu projektor LED di depan dan lampu LED di belakang.

Honda MSX 125 SF 04

Dikuasakan oleh enjin 125 cc silinder tunggal empat lejang dengan penyejukan udara, MSX 125 SF mempunyai kuasa maksimum berjumlah 9.7 hp pada 7,000 rpm dan 11.0 Nm tork pada 5,250 rpm. Enjin ini dihubungkan dengan kotak gear empat kelajuan dengan  sistem cekam basah (multiplate wet clutch), yang memindahkan kuasa ke roda belakang.

Honda MSX 125 SF 02

Bahan api disuap oleh sistem suntikan untuk memastikan MSX 125 SF mendapat jarak perjalanan yang jauh dari tangki sebesar 5.7 liter, manakala penghidup elektrik auto dengan bateri 3.5 Ah 12 volt membuatkan ia mudah untuk dihidupkan.

Honda MSX 125 SF 06

Kerangka jenis tulang belakang memastikan ketegaran bagi motosikal ini yang berukuran 1,755 mm panjang, 730 mm lebar dan 1,000 mm tinggi. Ia mempunyai berat 104 kg dengan isian minyak penuh.

Honda MSX 125 SF 01

Sementara itu, sistem suspensi terdiri daripada jenis topang teleskopik terbalik di depan dan penyerap hentak tunggal monoshock di belakang. Brek cakera hidraulik pula mengawal kedua-dua roda depan dan belakang untuk kuasa hentian yang mencukupi.

Honda MSX 125 SF 05

Harga bagi Honda MSX 125 SF baharu adalah RM10,499 (0% GST, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Boon Siew Honda menawarkan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Grantt Lancar Minyak Enjin Stellar 8000 Baharu

Next post

BMW Malaysia Anjur Siri Jelajah Rangkaian BMW X

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *