Berita Auto

Regas Premium Sabah Dilantik Sebagai Wakil Pengedar Sah BMW

BMW Group Malaysia telah mengumumkan pelantikan Regas Premium Sabah sebagai wakil pengedar terbaharunya bagi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di negeri Sabah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Sabah menyumbang kepada penjualan melebihi 500 unit kenderaan untuk segmen premium di dalam negara setiap tahun dan ia mempunyai potensi untuk menggandakan angka tersebut dalam masa lima tahun yang akan datang.

Ujar beliau, “Pada tahun lepas, kita telah melakar peningkatan jualan sebanyak 18% di Sabah berbanding tahun 2016 yang membuktikan potensi negeri ini.”

Regas Premium Sabah Sdn Bhd merupakan usaha sama antara TM Vision Auto Services Sdn Bhd, iaitu syarikat subsidiari Tan Brothers Machinery Company (TMC) dan Regas Premium Auto Sdn Bhd.

Regas Premium Auto merupakan wakil pengedar sah bagi BMW, MINI dan BMW Motorrad di negeri Sarawak. Syarikat itu juga dilantik sebagai pengedar servis sah bagi barisan model BMW i pada tahun 2016 di negeri tersebut; dan pada tahun lepas, ia telah membangunkan fasiliti pengecasan awam BMW i yang pertama di Timur Malaysia yang terletak di CityOne Megamall Kuching.

Regas Premium Sabah akan mengambil alih FM Autohaus sebagai pengedar terbaharu BMW Group Malaysia di Kota Kinabalu dan akan beroperasi di dalam fasiliti bersaiz 53,500 kaki persegi yang terletak di Jalan Penampang. Ia menawarkan perkhidmatan menyeluruh merangkumi jualan, servis, alat ganti dan sistem (4S) bagi jenama BMW dan BMW Motorrad serta fasiliti servis bagi jenama BMW i dan MINI.

Kini, BMW Group Malaysia mempunyai rangkaian yang terdiri daripada 20 pengedar BMW, 8 pengedar MINI, dan 9 pengedar BMW Motorrad di seluruh negara. Regas Premium Sabah akan mula beroperasi pada 1 hari bulan Julai di Mile 3, Lido, Jalan Penampang, 88300 Penampang.

Previous post

BMW 8 Series Akhirnya Diperkenalkan

Next post

Ford Dan Volkswagen Teroka Perikatan Strategik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *