Berita Auto

Hyundai Duduki Tempat Kedua Kajian Kualiti Awal J.D. Power 2018

Kualiti kenderaan baharu Hyundai adalah antara yang terbaik dalam industri dan ini terbukti apabila pengeluar dari Korea Selatan itu menduduki tempat kedua bagi jenama bukan premium dalam laporan Kajian Kualiti Awal (IQS) J.D. Power 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Hyundai merupakan salah satu jenama yang menunjukkan peningkatan paling banyak, memanjat ke kedudukan ketiga keseluruhan serta mengurangkan bilangan masalah bagi setiap 100 kenderaan sebanyak 14.

Dalam segmen model, Tucson dinobat sebagai SUV kompak tertinggi dan keempat terbaik secara keseluruhan, sementara Santa Fe mendapat tempat kedua dalam segmen SUV saiz pertengahan. Kilang Ulsan yang mengeluarkan Tucson turut mendapat gangsa bagi Anugerah Kualiti Barisan Pengeluaran Kilang bagi rantau Asia Pasifik.

J.D. Power mengukur kualiti awal berdasarkan bilangan masalah yang dialami oleh pemilik bagi setiap 100 kenderaan (PP100) sepanjang 90 hari pertama pemilikan. Semakin kecil bilangan masalah, semakin tinggi kualiti kenderaan tersebut. Hyundai mencapai 74 PP100, jauh lebih rendah berbanding purata industri iaitu 93 PP100.

IQS tahun ini dibuat berdasarkan maklum balas 75,712 pembeli kenderaan model tahun 2018 yang ditemu bual selepas 90 hari pemilikan.

Previous post

Audi Sokong Projek Teksi Udara di Ingolstadt

Next post

Traton Group - Nama Baru Trak & Bas Volkswagen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *