Berita Auto

Ferrari Menang Besar di Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa 2018

Kepakaran Ferrari dalam menghasilkan enjin terbukti apabila menyapu enam anugerah di Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa 2018. Lebih hebat lagi, enjin 3.9-liter twin-turbo V8 jenama itu telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan untuk kali ketiga berturut-turut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain anugerah utama, enjin tersebut yang boleh didapati pada rangkaian model 488 (GTB, Spider dan Pista) turut menjuarai kelas 3-Liter hingga 4-Liter, kategori Performance Engine serta pencalonan khas bagi anugerah Best of the Best.

Ferrari 812 Superfast 04

Bagi enjin V12 pula, unit 6.5-liter yang menghasilkan 800 PS dalam model 812 Superfast turut membawa pulang dua anugerah iaitu bagi kelas 4-Liter Ke Atas serta kategori Enjin Baharu Terbaik. Enjin tersebut dibina berasaskan unit 6.3-liter pada model F12berlinetta dengan 75% komponen baharu.

Dengan kemenangan terbaru ini, koleksi piala yang dimenangi oleh Ferrari meningkat kepada 27.

 

Previous post

Ops Bersepadu Bersempena Aidil Fitri Bermula Hari Ini - 7 Jun

Next post

BMW M2 Dapat Sentuhan Z-Performance

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *