Berita Auto

Bentley Bentayga Sasar Rekod SUV Terpantas di Pikes Peak

Bentley mengesahkan bahawa Bentayga W12 yang akan digunakan dalam cabaran Pikes Peak International Hill Climb pada hujung minggu ini telah siap dibangunkan dan diuji. Jentera tersebut akan dipandu oleh veteran Pikes Peak iaitu Rhys Millen.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi memastikan ia mempunyai peluang dalam cabaran tahunan itu, Bentley telah memilih varian paling berkuasa yang menampilkan enjin 6.0-liter 12 silinder yang menghasilkan 600 hp dan 900 Nm.

Dalam versi standard, SUV besar itu mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.1 saat dengan kelajuan maksimum melebihi 300 km/j.

bentley-bentayga-pikes-peak (1)

Bagaimanapun, jentera yang telah dibangunkan selama enam bulan ini berbeza dengan versi standard kerana ia mempunyai ‘roll cage’, tempat duduk sport dan sistem pemadam api bagi mematuhi peraturan perlumbaan.

Bukan itu sahaja, tempat duduk belakang, kemasan kayu dan kulit serta bahan penebat bunyi juga telah dibuang membuatkan ia lebih ringan sebanyak 300 kg.

bentley-bentayga-pikes-peak (2)

Apa yang ditambah adalah sistem ekzos Akrapovic dan kit badan Bentley Styling Specification yang merangkumi komponen gentian karbon seperti splitter depan, diffuser, skirt sisi serta spoiler. Ia juga dilengkapi dengan sistem brek seramik karbon yang ditawarkan secara pilihan.

Bagi cabaran tahun ini, Millen perlu mengalahkan rekod yang dicatat oleh Range Rover Sport pada tahun 2014 iaitu 12 minit 35.61 saat untuk layak digelar sebagai SUV terpantas Pikes Peak.

 

 

Previous post

Tiada Puncak Jadi Halangan

Next post

Apa Akan Jadi Bila SST Dilaksanakan?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *