Cerita Auto

Toyota Dinamakan Nilai Jenama Terbaik Buat Kali Keenam

Bagi tahun keenam berturut-turut, Toyota telah memperoleh gelaran jenama paling berharga di kalangan pembuat kereta, dengan nilai jenama USD29.987 bilion mewakili peningkatan kukuh sebanyak 5% berbanding tahun sebelumnya.

Setakat ini mereka telah dinamakan jenama paling berharga di kalangan pembuat kereta selama 11 kali, daripada jumlah keseluruhan 13. Ia terpaksa menetap di tempat kedua hanya pada tahun 2010 dan 2012.

Dalam kajian terbaru, Mercedes menikmati rangsangan besar sebanyak 9%, meningkatkan nilainya kepada 25.684 bilion untuk tempat kedua. Pertumbuhan itu telah membolehkan syarikat milik Daimler untuk mengatasi BMW, yang berakhir di tempat ketiga dengan nilai jenama 25.624 bilion atau 4% lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

Mercedes berjaya merebut kedudukan kedua BMW disebabkan oleh pertumbuhan pasaran seperti China, Brazil, dan Rusia, manakala populariti E-Class juga merupakan faktor penyumbang.

10 teratas untuk pembuat kereta juga termasuk Ford (4), Honda (5), Nissan (6), Audi (7), Tesla (8) dan Maruti Suzuki (9).

 

Previous post

Isuzu Umum Harga Terkini Dengan 0% GST

Next post

Promo Raya Shell Helix

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *