Berita Auto

McLaren Senna Carbon Theme

McLaren bakal mencuri segala tumpuan di acara Geneva Motor Show 2018 nanti dengan Senna Carbon Theme. Ia merupakan salah satu dari lima tema istimewa yang dibangunkan oleh McLaren Special Operations (MSO) untuk jentera tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti namanya, Senna Carbon Theme menampilkan kit badan yang diperbuat sepenuhnya daripada gentian karbon. Menurut McLaren, kit tersebut mengandungi 67 bahagian dan mengambil masa 1,000 jam untuk dihasilkan.

mclaren-senna-carbon-theme (4)

Perincian berwarna Solar Yellow pada bahagian sill, spoiler belakang dan bilah aero aktif di hadapan memakan masa selama 250 jam untuk disiapkan. Warna Laurel Green yang digunakan pada angkup brek pula adalah satu penghormatan kepada warna topi keledar milik Ayrton Senna.

mclaren-senna-carbon-theme (2)

Bahagian kabin menampilkan tema yang sama dengan kemasan gentian karbon pada papan pemuka dan stereng, jahitan kuning pada tempat duduk dan strut pintu berwarna hijau. Juga terdapat sulaman ‘S’ pada perehat kepala.

mclaren-senna-carbon-theme (3)

Selain itu, Senna Carbon Theme turut menampilkan rim baharu yang mempunyai ‘center lock’. Diperbuat daripada campuran aluminium tempaan dan gentian karbon, rim ini adalah seberat 7.5 kg atau 10% lebih ringan berbanding rim yang terdapat pada Senna biasa. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan inersia putaran sebanyak 10 hingga 15%, malah dapat memperbaiki pecutan, brek dan tindak balas stereng.

mclaren-senna-carbon-theme (1)

Senna Carbon Theme mengekalkan enjin biturbo 4.0-liter V8 yang menghasilkan 789 hp dan 800 Nm. Ia memerlukan 2.8 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j.

 

Previous post

Honda Civic Type R Versi BTCC

Next post

Video Pertama Crossover Kompak Urban Lexus UX

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *