Cerita Auto

Lebih Banyak Tawaran Menarik dari Toyota Sepanjang Mac Ini

Walaupun musim perayaan Tahun Baru Cina telah berlalu, kemeriahan di bilik-bilik pameran Toyota seluruh negara masih diteruskan. Sepanjang bulan Mac, promosi istimewa akan ditawarkan dimana pelanggan boleh mendapat penjimatan sehingga RM15,000 melalui pembelian kenderaan baru Toyota, tetapi turut menerima nilai tambah melalui aksesori yang disediakan tanpa sebarang kos.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Alami perkhidmatan terbaik dari Toyota di semua bilik pamerannya di seluruh negara, bukan sahaja pada hujung minggu tetapi sepanjang tahun. Terutamanya untuk 17 & 18 dan 24 & 25 Mac, datang dan sertai Toyota Weekender di bilik pameran bersama rakan-rakan dan ahli keluarga untuk mendapatkan tawaran terbaru. Dengan Avanza 1.5X, Pelanggan boleh memilih rebat tunai RM1,000 atau rim bernilai RM3,062 secara percuma.

Antara model yang terlibat di dalam promosi istimewa sehingga 31 Mac 2018 ini adalah seperti berikut:

Model Promosi rebat tunai
Vios Rebat tunai sehingga RM3,500 + aksesori percuma (bernilai sehingga RM4,100) + Pakej Penyelenggaran Pra-bayar (bernilai RM2,125)
Camry Rebat tunai RM3,000 + Body Coating (bernilai RM2,700) atau aksesori percuma (bernilai RM2,500)
Avanza X Rebat tunai RM1,000 atau aksesori tambahan (bernilai RM3,062)
Hilux Rebat tunai RM1,000 + aksesori percuma (bernilai RM3,485)
Fortuner Rebat tunai RM1,000 + aksesori percuma (bernilai RM2,500)
Innova Rebat tunai RM2,000 + servis percuma (bernilai RM1,000)

Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan juga boleh mempertimbangkan perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota “2-Tier Plan” yang menawarkan bayaran ansuran bulanan lebih rendah bagi graduan, serta pelan pembiayaan “Toyota Drive”, yang pertama seumpananya disediakan yang membolehkan pelanggan jimat lebih banyak.

Untuk kesenangan pemilik, semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Hilux, dengan maksimum perbatuan 150,000 km). Untuk meningkatkan nilai Toyota anda, waranti boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya tertakluk kepada terma dan syarat.

Previous post

BMW M2 Edition Black Shadow Rai Kejayaan M2

Next post

Volvo 1800 S Sir Roger Moore Di Pameran Techno-Classica Essen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *