Cerita Auto

Proton Mencatatkan 2.1% Peningkatan Pasaran Pada Januari 2018

Proton mencatatkan jualan 4,783 unit kereta pada Januari 2018 dengan jumlah unjuran pegangan pasaran 10.9%, peningkatan daripada 8.8% pegangan pasaran pada bulan sebelumnya, walaupun mencatatkan jualan lebih rendah daripada 4,802 unit pada Disember 2017. Saga, Persona dan Exora merupakan model paling popular, merangkumi 80% daripada jumlah jualan kereta Proton untuk Januari 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Sebagai kereta dengan harga yang paling berpatutan dan memberikan nilai hebat bagi segmennya, Saga tetap menjadi pilihan paling popular di kalangan pelanggan Proton, melibatkan sebanyak 41% daripada keseluruhan jualan kereta Proton,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran, Proton.

“Proton Saga yang terkini merupakan Saga dari generasi ketiga yang telah banyak melalui peningkatan, pembaharuan dan penambahbaikan. Ia mempunyai kabin yang lebih senyap kerana tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) yang telah diperbaiki, dengan reka bentuk yang lebih bergaya, lebih praktikal, tahan lasak dan memberikan pelanggan nilai yang lebih berbaloi untuk ciri-ciri keselamatan yang mantap, serta keselesaan di dalam kereta. Dari harga serendah RM35,590.29, atau hanya RM390 sebulan (tanpa insurans), ianya mampu dimiliki kebanyakan rakyat Malaysia,” tambah
Rashid.

Previous post

Petronas Tawar Faedah Perlindungan Kemalangan Diri Untuk Pemegang Kad Mesra

Next post

Kenapa Kita Harus Baca Terma & Syarat Dengan Betul

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *