Berita Auto

Lexus RX 350L dan NX 300 kini boleh ditempah

Dua model SUV keluaran Lexus iaitu RX 350L dan NX 300 kini boleh ditempah di semua bilik pameran Lexus Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dilancarkan pada tahun lalu di Los Angeles Auto Show, RX 350L keluaran 2018 mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang dengan adanya barisan tempat duduk  ketiga. Ia boleh dilipat dalam konfigurasi 40/20/40 dan mempunyai bahagian belakang yang lebih tinggi untuk keselesaan.

?????????????????????????????????

RX 350L dikuasakan oleh enjin 3.5-liter V6 yang menghasilkan 294 hp dan transmisi automatik lapan kelajuan ECT-i. Sistem pacuan semua roda Active Torque Control membahagikan kuasa ke roda secara 100:50 atau 50:50 depan ke belakang bergantung kepada pemanduan dan permukaan jalan.

????????????????????????????????

Sementara itu, NX 300 yang diperkenalkan di Shanghai Motor Show 2017 menampilkan rekaan lebih segar di bahagian hadapan dan belakang.

NXP0606

Ia ditawarkan dalam empat varian iaitu Urban, Premium, F Sport dan Hybrid. Kesemuanya mempunyai enjin turbo 2.0-liter empat silinder dengan 235 hp kecuali Hybrid yang menggunakan gabungan enjin 2.5-liter dan sepasang motor elektrik.

NXP6040

Diimport sepenuhnya dari Jepun, RX 350L dan NX 300 bakal memasuki pasaran awal Februari ini. Kedua-dua model didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan dengan sokongan selepas jualan disediakan di tujuh lokasi di seluruh negara.

NXP1302

2018 Lexus NX Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak
NX 300 Urban RM 311,900 RM 315,377.80 RM 315,377.80
NX 300 Premium RM 329,800 RM 333,277.80 RM 333,277.80
NX 300 F SPORT RM 387,900 RM 391,377.80 RM 391,377.80
NX 300 Hybrid RM 397,800 RM 401,099.60 RM 401,099.60
2018 Lexus RX Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak
RX 350L RM 475,000 RM 477,755 RM 477,755
Previous post

Volkswagen Jetta 2019 dilancarkan di Amerika Syarikat

Next post

Honda Accord Adalah Kereta Terbaik Amerika Tahun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *