Berita Auto

Honda Malaysia jenama bukan nasional No.1 tiga tahun berturut-turut

Honda Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai jenama bukan nasional No.1 untuk tiga tahun berturut-turut dan No.2 dalam kedudukan keseluruhan TIV dari 2016 hingga 2017. Syarikat itu juga mengumumkan bahawa semua model CKD-nya mendahului segmen masing-masing pada tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pada 2017, Honda Malaysia mencatat jumlah keseluruhan jualan tertinggi dalam sejarahnya iaitu 109,511 unit. Ini merupakan kali pertama syarikat itu mencapai jualan melebihi 100,000 unit dan ia merupakan jumlah tertinggi yang pernah dicatat oleh sebuah jenama bukan nasional di negara ini. Sejak penubuhannya pada 2003, Honda Malaysia telah menjual lebih 730,000 unit kenderaan.

Walaupun menempuh keadaan ekonomi yang mencabar pada tahun lalu, jumlah keseluruhan jualan Honda Malaysia meningkat sebanyak 19% berbanding 91,830 unit pada 2016. Jualan tertinggi adalah pada bulan Disember dengan 11,221 unit. Selain itu, syarikat itu juga menguasai 19% pasaran, naik 3.2% dari 2016.

Honda HR-V Review 04

Tahun 2017 menyaksikan enam pelancaran model baharu iaitu BR-V, City, Jazz, Jazz Hybrid, City Hybrid, CR-V serta Civic Type R. City menjadi model paling bagi tahun lalu dengan sumbangan sebanyak 27% kepada jumlah keseluruhan jualan, diikuti oleh HR-V dengan 17% dan Civic dengan 14%.

Dalam segmen hibrid, Jazz Hybrid dan City Hybrid menyumbang 2% kepada jumlah keseluruhan jualan Honda Malaysia meskipun hanya empat bulan berada dalam pasaran.

2016 Honda Civic

Di Sabah dan Sarawak pula, Honda Malaysia berjaya menjual lebih 7,500 unit kenderaan, mewakili pertumbuhan sebanyak 33% berbanding 2016. Model paling popular di sana adalah BR-V.

Previous post

Kia Forte generasi ketiga diinspirasikan oleh Stinger

Next post

Prestasi Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Setakat Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *