Berita Auto

Nissan kembangkan sub-jenama Autech di Jepun

Nissan telah mengambil keputusan untuk memperkembangkan barisan sub-jenamanya yang dikenali sebagai Autech bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan kenderaan sporty dan selesa pada masa yang sama.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti NISMO, jenama Autech akan diperkenalkan untuk pasaran Jepun berdasarkan barisan model sedia ada Nissan, bermula dengan Serena Autech baharu.

Bagaimanapun, berbeza dengan NISMO yang memfokuskan kepada prestasi menerusi penglibatan Nissan dalam sukan permotoran, Autech menekankan aspek pertukangan premium dengan bahan berkualiti tinggi dan perhatian kepada perincian.

171124-01-03-source

Jika sebelum ini produk talaan Autech dipasarkan di bawah nama gred Axis, Rider, Bolero dan Mode Premier, kini semua gred tersebut akan digabungkan di bawah jenama Autech.

Baru-baru ini, Nissan turut memperkembangkan barisan model NISMO dengan memasukkan Juke, Note, March dan Serena, di samping 370Z dan GT-R.

 

Previous post

Honda BR-V Terbaik Dalam Segmen SUV JD Power

Next post

Perodua Myvi Terbaik Dalam Segmen Kompak JD Power

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *