Berita Auto

Jenama Kereta Utama Berkerjasama Menyediakan Station Caj Sekitar Eropah

BMW Group, Daimler AG, Ford Motor Company dan Volkswagen Group bersama Audi dan Porsche hari ini mengumumkan usaha sama IONITY yang akan membangun dan melaksanakan rangkaian High-Power Charging (HPC) untuk kenderaan elektrik seluruh Eropah.

Mereka menganggar membuka 400 stesen HPC sebelum 2020. IONITY akan menyenangkan perjalanan jauh. Berpusat di Munich, Jerman usaha sama ini di ketuai Ketua Pegawai Eksekutif Michael Hajesch dan Ketua Pegawai Operasi Marcus Groll dengan bilangan ahli yang semakin bertambah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebanyak 20 stesen akan dibuka tahun ini, yang terletak di jalan-jalan utama di Jerman, Norway dan Austria. Jarak diantara mereka ialah 120 km, melalui perkongsian dengan “Tank & Rast”, “Circle K” dan “OMV”.  Rangkaian itu akan berkembang ke lebih daripada 100 stesen yang boleh digunakan oleh pelbagai jenama kenderaan mengecas kenderaan mereka pada masa yang sama.

 

Previous post

Honda EX5 Fi Edisi Terhad rai ulang tahun ke-30

Next post

McLaren Tambah Lagi Kereta Mainan P1 ... 'Berkuasa Kaki'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *