Berita Auto

Honda Civic Type R baharu diserahkan kepada pemilik pertama di Malaysia

Setelah dilancarkan pada 9 November lalu, Honda Civic Type R baharu kini telah diserahkan kepada pemilik pertamanya di negara ini iaitu Adrian Salleh. Majlis penyerahan berlangsung pada hari ini di Botanic Auto Mall Sdn Bhd.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dipasang di Swindon, United Kingdom, Civic Type R generasi FK8 menampilkan gabungan enjin 2.0-liter i-VTEC Turbo dengan transmisi manual enam kelajuan yang menghasilkan 310 PS dan 400 Nm. Model ini dilengkapi dengan tiga mod pemanduan iaitu Comfort, Sport dan +R.

Sejak tempahannya dibuka, Honda Malaysia telah menerima lebih daripada 70 tempahan bagi hot hatch ini. Jumlah itu melebihi sasaran jualan awal iaitu sebanyak 60 unit sebulan.

Honda Civic Type R

Berucap pada majlis penyerahan itu, Timbalan Presiden Honda Malaysia, Akkbar Danial berkata, “Satu kaji selidik pelanggan telah dijalankan sebelum pelancaran Civic Type R model 2007 atau lebih dikenali sebagai FD2R, dan Adrian merupakan antara pelanggan pertama yang ditemubual untuk maklum balas ke atas Type R,  yang membantu menyumbang wawasan pasaran terutama bagi mengenal pasti permintaan dan keperluan segmen pelanggan baharu.”

“Pada 2007, Malaysia menjadi satu-satunya negara selain Jepun yang melancarkan FD2R. Honda Malaysia menjual 420 unit FD2R antara 2007 dan 2011. Pencapaian ini mungkin disebabkan populariti dan permintaan terhadap kereta sport yang boleh dipandu di atas jalan raya,” tambah beliau lagi.

Honda Civic Type R

Bagi Adrian, selain daripada menjadi rakyat Malaysia pertama yang memiliki Civic Type R baharu, beliau juga membawa pulang barangan Honda, kamera GoPro Hero 5 serta Honda Ultra Glass Body Coating dengan Ultra Window Coating bernilai RM5,300 sebagai token penghargaan daripada Honda Malaysia.

 

Previous post

15,500 Tempahan Untuk Myvi Baharu

Next post

Kehadiran peminat jayakan Toyota Gazoo Racing Festival

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *