Cerita Auto

BMW M5 dipilih sebagai kereta keselamatan MotoGP musim 2018

Percaya atau tidak, BMW telah menjadi pembekal kereta rasmi bagi MotoGP selama hampir 20 tahun. Jentera terbaru yang akan memikul tugas sebagai kereta keselamatan bagi siri perlumbaan motosikal terkemuka itu adalah BMW M5 (F90) yang diperkenalkan pada bulan Ogos lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bukan sekadar M5 dengan grafik istimewa dan lampu suar LED, kereta keselamatan ini menampilkan komponen M Performance yang diperbuat daripada gentian karbon iaitu sil sisi, gril depan, diffuser belakang, cermin sisi dan bidai Air Breather.

P90284423_highRes_the-bmw-m5-motogp-sa

Menurut BMW, komponen-komponen ini juga boleh didapati untuk M5 versi pengeluaran.

P90284434_highRes_the-bmw-m5-motogp-sa

Kereta keselamatan M5 turut mendapat sistem ekzos titanium dengan hujungnya diperbuat daripada gentian karbon yang dibangunkan khas untuk penggunaan di litar lumba. Splitter hadapan adalah prototaip bagi jentera itu manakala selak bonetnya diinspirasikan oleh perlumbaan. Tempat duduk standard pula digantikan dengan kerusi ‘bucket’ dari M4 GTS.

P90284437_highRes_the-bmw-m5-motogp-sa

Seperti M5 standard, kereta keselamatan ini dijana oleh enjin dwi-turbo 4.4-liter V8 yang menghasilkan 600hp dan 750Nm. Dengan transmisi M Steptronic lapan kelajuan, ia memerlukan hanya 3.4 saat untuk memecut dari 0 – 100 km/j, dan 11.1 saat untuk mencapai 200 km/j. Ia juga merupakan kereta keselamatan MotoGP pertama yang menggunakan sistem pacuan semua roda.

P90284426_highRes_the-bmw-m5-motogp-sa

Sebelum memulakan tugasnya sebagai kereta keselamatan MotoGP musim hadapan, M5 ini akan membuat kemunculan sulungnya di perlumbaan terakhir MotoGP 2017 di Valencia, Sepanyol, pada bulan ini.

P90284418_highRes_the-bmw-m5-motogp-sa

Previous post

Tiga pemenang pertama kempen Mobil Nationwide Consumer diumumkan

Next post

Porsche 911 GT3 Baharu. Dibina Untuk Kedua-dua Jalan & Juga Trek

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *