Cerita Auto

Toyota Innova 2.0X, varian baharu Fortuner dan Hilux versi dipertingkatkan mula dijual

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memulakan penjualan Innova 2.0X, varian-varian baharu Fortuner serta Hilux yang dipertingkatkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Harga bagi model-model terbaru ini adalah seperti berikut:

  • Innova 2.0X – RM132,800
  • Fortuner 2.4 VRZ 4×4 – RM195,800
  • Fortuner 2.4 VRZ 4×2 – RM185,800
  • Hilux – dari RM87,200 hingga RM130,900

Premium Black Combination Leather Seats (7-seater Arrangement)

Innova 2.0X merupakan varian tambahan yang merupakan model flagship dalam barisan Innova. Imej MPV tersebut dipertingkatkan lagi dengan ciri-ciri premium seperti lampu LED, pakej kemasan kulit premium, pelarasan lapan cara bagi kerusi pemandu, kerusi kapten pada barisan kedua serta rim aloi lebih besar.

Dua varian turbodiesel baharu dalam barisan Fortuner iaitu 2.4 VRZ 4×4 dan 2.4 VRZ 4×2 memberikan pelanggan lebih banyak pilihan. Seperti varian 2.7 SRZ 4×4, kedua-duanya didatangkan dengan lampu projektor Bi-LED, lampu kabus LED, Cruise Control, Vehicle Stability Control (VSC), tujuh beg udara, pendingin hawa automatik dan tempat duduk kulit.

Fortuner 2.4 VRZ & 2.7SRZ with Optional TRD Sportivo Package (Front)

Bagi ciri-ciri 4×4 pula, varian 2.7 SRZ 4×4 dan 2.4 VRZ 4×4 kini dilengkapi dengan Downhill Assist Control (DAC). Semua varian juga dilengkapi dengan brek cakera belakang.

Berikutan maklum balas dan permintaan pelanggan, trak pikap Hilux kini ditambahbaik dengan ciri-ciri seperti Cruise Control, pendingin hawa automatik, port pengecas USB serta lubang pendingin hawa di belakang untuk perjalanan yang lebih selesa.

Hilux

Varian 2.4G manual mendapat VSC, HAC dan A-TRC, manakala 2.8G mendapat Downhill Assist Control (DAC) yang membuat menuruni curam lebih mudah dan selamat. Aspek keselamatan juga dipertingkatkan dengan penambahan tujuh beg udara pada varian 2.4G automatik.

Seperti semua model terkini yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, model-model baharu ini didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan kecuali Hilux yang mempunyai jaminan lima tahun atau 150,000 km.

 

Previous post

Perbezaan Utama Honda CR-V Baharu dan Lama

Next post

Justice League Dapat Kereta Baharu Mereka Dari Mercedes Benz

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *