Cerita Auto

Hyundai HyperEconiq Ioniq guna 2.9 liter bahan api bagi setiap 100 km

Jentera kelabu yang anda lihat ini adalah Hyundai HyperEconiq Ioniq yang dibangunkan khas oleh Bisimoto untuk acara Equipment Market Association (SEMA) 2017 yang akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 3 November ini di Las Vegas.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berbeza dengan produk-produk berkuasa tinggi yang dihasilkan oleh Bisimoto sebelum ini, kelebihan HyperEconiq Ioniq adalah penggunaan bahan api yang begitu rendah iaitu sekitar 2.9 liter bagi setiap 100 km.

Pelbagai modifikasi telah dilakukan bagi tujuan itu. Antaranya adalah kit badan rekaan Bisimoto yang terdiri daripada splitter di bahagian hadapan dan sisi, spoiler belakang serta penutup roda belakang. Sistem suspensi jenis coilover pula berfungsi untuk merendahkan pusat graviti sekaligus meningkatkan prestasi aerodinamik.

Selain itu, berat kenderaan juga dikurangkan menerusi penggunaan komponen-komponen ringan seperti tempat duduk Recaro Pole Position, rim gentian karbon one-piece CR-9 bersaiz 19 inci dan angkup brek aluminium Buddy Club. Rim tersebut dipadankan dengan tayar rintangan putaran rendah yang bersilika tinggi.

Modifikasi bagi aspek teknikal pula terdiri daripada minyak enjin sintetik 0W20 PurOl, palam pencucuh NGK, sistem On-Board Diagnostic (OBD) keluaran Racepak, penjana-e yang dipertingkatkan serta sistem ekzos Bisimoto.

 

 

Previous post

Isuzu Malaysia sumbang trak kepada Universiti DRB-HICOM

Next post

Menang iPhone 8 Apabila Anda Pandu Uji Mitsubishi Outlander Baru!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *