Cerita Auto

SDAC Lancarkan ‘Ford Truck Month’

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, telah melancarkan ‘Ford Truck Month’ yang menawarkan penjimatan
hebat, selain tawaran tiada tandingan dan pelbagai aktiviti menarik. Inilah masa terbaik untuk menjadi pemilik trak paling laris di dunia – Ford Ranger.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mulai sekarang sehingga 31 Oktober, SDAC menawarkan tawaran rebat tunai eksklusif bernilai RM6,000 berserta hadiah-hadiah menarik iaitu empat pasang baju t-shirt ‘Built Ford Tough’ apabila para pelanggan menempah Ranger WildTrak dari pengedar-pengedar sah jenama itu di seluruh negara.

Di samping tawaran tersebut, sekumpulan Rangers akan membuat penampilan di Sabah dan Sarawak pada bulan ini. Para pengunjung bukan sahaja dapat melihat trak-trak tersebut di City One Megamall, Kuching dari 5-6 Ogos dan di Imago KK Times Square, Kota Kinabalu dari 26-27 Ogos, malahan boleh mengambil bahagian dalam uji pandu Ranger merentasi halangan.

Previous post

Leona Chin Sasar Bawa MUDAH Racing Ke Tahap Lebih Tinggi Dalam Sukan Permotoran

Next post

Toyota Vios Sports Edition - RM85,300

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *