Cerita Auto

Mazda3 MPS: Pakai Sampai Habis

Mazda3 MPS. Tidak banyak on the road. Lebih jarang dari Ferrari dan Lamborghini. Kurang dari 100. Mula dijual oleh Mazda Bermaz pada tahun 2011. Ini bermakna ianya sekarang sudah berumur 6 tahun.

1048408_10151808496177009_1137749908_o Spesifikasi Standard/Stok

Enjin depan 2.3 liter turbocharge 4 silinder inline transverse dengan kuasa maksimum 260 ps pada 5500 rpm. Tork maksimum 380Nm dari 3000 rpm. Ya 380Nm. Semuanya disalurkan kepada 2 tayar depan 18 inci melalui gearbox manual 6 speed.

963809_10151754848542009_123753607_o 2

Pada tahun 2011 ini adalah di antara hot hatch yang terpantas on the road dan dengan harga RM179,600 ianya adalah yang termurah. Satu kombinasi yang membuat saya tergila-gilakanya. Terima kasih kepada DSF kerana meracuni saya dengan kereta ini.

251110_10150273377372009_5429118_n

Semasa MPS ini menganjurkan road show di merata Lembah Kelang saya kesemuanya dan saya akan berdiri, mencangkung dan kadang kadang duduk di depan, belakang dan tepinya. Memandangnya sampai tak berkelip mata. Kadang-kadang terasa sakit dibulu hati dibuatnya. Walaupun saya tidak berkemampuan saya tekad akan mendapatkannya. Dan Alhamdulillah, pada 5 May 2011 ianya sampai ke tangan saya.

858656_422487624503476_183425774_o (1)

Dari hari itu sampailah sekarang saya sentiasa tersenyum kepuasan bila membawanya. Saya amat menyayanginya sehinggalah saya memberikan nama. Ianya merah dan garang bagaikan singa betina jadi saya namakan ia Leonessa Rosso. Singabetina Merah dalam bahasa Itali. Nama pendeknya Nessa!

1474602_10152183380917009_771808879_n

Dari hari pertama lagi saya telah merakamkan peristiwa-peristiwa penting dengannya ke dalam akaun facebook saya dan, percaya atau tidak, ada beberapa daripada pemilik MPS telah membuat keputusan untuk membelinya berdasarkan kepada celoteh dan gambar-gambar yang saya kongsi itu.

[Ingin dimaklumkan di sini bahawa Bermaz atau Mazda tidak membayar saya apa-apa untuk menulis artikel ini ataupun posting facebook saya ya. Ini ada ikhlas dari hati]

Saya mencari pemilik-pemilik lain sebelum saya dan berkenalan dengan mereka. Kami memulakan group facebook dan daripada 4-6 orang …

382986_10150371162955939_735958466_n

… kami berkembang kepada lebih 100 orang. Lebih 100 kerana ada pemilik yang menjual kereta mereka tetapi masih member dan pemilik baru turut join  kelab kami ini. Walaubagaimana pun masih ada lagi pemilik yang bukan member. Kalau anda pemilik MPS dan bukan member sila hubungi kami di facebook page kami disini:

Mazda3 MPS TiongsterClub.My

1074025_10152058135117009_1157274204_o

Tiada yuran tiada borang tiada peraturan. Kami hanya mahu berkenalan. Ada 2 syarat. 1. Anda harus pemilik MPS.  2. Anda kena kongsi gambar MPS anda. PM admin Page tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Setelah lebih dari 6 tahun sejak hot hatch ini dikeluarkan saingan-saingan terdekatnya sudah pun mengeluarkan versi terbaharu mereka: Volkswagen Golf /Scirocco R, Renault Megane RS 265/275 Trophy/R, Ford Focus ST termasuk juga yang disukai ramai, Honda Civic Type R. Dalam 6 tahun ini juga ada satu jenama mewah yang sebelum ini tiada hot hatch telah membuat keputusan untuk memasuki kumpulan ini dengan versi hot hatch mereka tersendiri. Masalahnya, dia punya hot hatch terlalu hot sampaikan dia bersendirian di atas tangga sana. Kereta yang saya maksudkan ini ialah Mercedes A45 AMG.

volkswagen-golf-r

 

966522_10151754849287009_172739682_o

78414_374041379348101_184933857_o

???????????????????????

15C1015_012

Tahun demi tahun peminat-peminat kereta hot hatch terutama sekali pemilik Mazda3 MPS tertanya-tanya bilakah model baharunya akan keluar? Tertanya-tanya sehinggakan soalan BILAKAH sudah bertukar kepada AKANKAH? Ada sumber yang mengatakan mereka tidak akan membuat MPS lagi dan ada yang mengatakan MPS versi Skyactiv penggayaan reka bentuk Kodo semasa dengan enjin 2.5 liter turbocharged 4 silinder yang boleh menghasilkan kuasa lebih 225kW dan tork lebih daripada 450Nm akan datang. Bila dan mana? Peminat setia, peminat kereta, mereka di dalam industri kereta … masih ternanti-nanti.

603045_10152063699092009_343043936_n

Bagi pemilik MPS sekarang walaupun terkilan-kilan mereka juga tidak berapa kisah. Ini kerana nilai kereta mereka sekarang maintain dan merosot dengan kadar yang steady. Jika MPS baharu keluar sudah pasti harga MPS sekarang akan jatuh mendadak. Dalam beberapa tahun lagi boleh jual kati dah.

859947_422544934497745_2049439037_o (1)

Bagi saya yang sudah tua kerepot ini, well, kalau jual, for sure dah tak mampu beli yang baharu. Bank pun tak mau bagi loan. Jadi bagi saya, hanya ada satu option:

Pakai Sampai Habis

10457705_10153499803942009_6169177339897496254_o

I ❤️  Nessa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous post

Adakah Trax Chevrolet Yang Kita Nanti Nantikan?

Next post

Masa Terbaik Membeli Ranger Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *