Cerita Auto

Jetta Allstar dan Beetle Edisi Merdeka Dilancarkan di Volkswagen Fest 2017

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan acara Volkswagen Fest 2017 yang julung-julung kali diadakan. Acara yang meraikan segalanya tentang Volkswagen itu berlangsung di Setia City Convention Centre mulai 11 hingga 13 Ogos 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sempena Volkswagen Fest, VPCM turut memperkenalkan dua model edisi khas baharu iaitu Jetta Allstar dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60 bagi meraikan sambutan hari kemerdekaan negara tidak lama lagi.

Jetta Allstar

Jetta ALLSTAR

Jetta Allstar merupakan edisi terkini rangkaian model Allstar yang diperkenalkan pertama kali menerusi Polo Allstar pada awal tahun ini dan diikuti oleh Vento Allstar pada Jun lalu. Ia dibangunkan khas untuk pelanggan yang mahu tampil lebih menonjol berbanding orang lain.

Side scuff plates

Jetta Allstar hadir bersama aksesori eksklusif bernilai RM3,000 yang merangkumi pedal sports aluminium, spoiler trunk belakang, plat sisi, emblem dan karpet lantai ‘Allstar’. Ditawarkan pada harga bermula RM109,990, empat warna pilihan diberi – putih (Candy White), kelabu (Platinum Grey), perak (Reflex Silver) dan hitam (Deep Black).

Rear Trunk Spoiler

Jetta mengabungkan enjin pengecas turbo tunggal 1.4L TSI dengan kotak gear direct shift (DSG) tujuh kelajuan yang telah
ditambah baik. Ia mampu menjana 150 PS dan 250 Nm di antara 1,500 to 3,500 rpm. Ia berupaya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 8.6 saat sahaja dan menawarkan penggunaan bahan api sekitar 5.0l/100 km.

Beetle Edisi Merdeka ke-60

Sama seperti model Herbie Beetle yang ikonik dan disukai ramai, Beetle Edisi Merdeka hadir dengan pelekat nombor “60” pada bahagian hud dan sisinya.

The limited edition 60th Merdeka Edition Beetle.

Antara penambahbaikan pada Beetle Edisi Merdeka termasuklah stereng multi fungsi dibalut kulit, skrin sentuh ‘Composition Colour’ bersaiz 5.8 inci dengan USB, Bluetooth dan lapan unit pembesar suara. Manakala tempat duduknya dibalut dengan fabrik ‘Pepita’.

60th Merdeka Edition Beetle

Di bawah hudnya pula terletak enjin pengecas turbo TSI 1.2L dengan kuasa 105 PS dan 175 Nm. Dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan DSG, ia menjanjikan keseronokan pemanduan kepada pemiliknya.

The limited edition 60th Merdeka Edition Beetle - only 16 units

Ditawarkan pada harga RM136,888*, hanya 16 unit Beetle Edisi Merdeka akan disediakan. Ia didatangkan dalam warna putih (Pure White) dan putih/perak (White Silver). Kesemua 16 unit hadir bersama jaminan selama lima tahun, cukai jalan untuk 60 bulan dan beg Beetle edisi terhad.

Previous post

Sporty 'Vespino' Sekarang Dengan Enjin I-GET

Next post

Naza Quest Perkenalkan Varian Baharu Chevrolet Colorado

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *