Bisnes

Perodua Jual 99,700 Kenderaan Dalam Separuh Pertama 2017

Perodua menjual 99,700 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama pada tahun ini, satu peningkatan sebanyak 2.4% berbanding 97,400 unit pada tempoh sama pada 2016.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

“Berdasarkan jangkaan kami, jumlah TIV dari Januari hingga Jun tahun ini akan mencapai 284,200 kenderaan, bermakna bahagian pasaran Perodua adalah kira-kira 35.1% setakat tahun ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Semua model Perodua juga mendahului segmen masing-masing dalam separuh pertama 2017. Axia merupakan model no. 1 dengan jualan sebanyak 32,600 unit, diikuti dengan Bezza dengan 28,300 unit, Myvi 24,000 unit dan Alza dengan 14,700 unit.

Perodua Axia Facelift Launch 20

Pasaran eksport Perodua juga menyaksikan syarikat itu memasarkan 1,854 kenderaan ke enam negara dalam tempoh yang sama. Pengenalan Bezza di Mauritius dan Sri Lanka tahun ini disambut baik dengan jualan sebanyak 8 dan 79 unit.

Menurut Aminar lagi, Perodua optimistik mencapai sasaran jualan tahun ini iaitu 202,000 unit pada tahun ini. Syarikat itu menjual 207,100 unit kenderaan tahun lalu.

Perodua Bezza

Aminar berkata Perodua akan meneruskan fokus terhadap barisan model sedia ada dengan menawarkan pelbagai promosi menarik seperti promosi Salam Syawal serta sambutan ulangtahun ke-12 Myvi di mana pelanggan berpeluang mendapatkan pulangan tunai sehingga RM7,500.

Selain itu, inisiatif juga akan diambil bagi memperbaiki aspek ‘after sales’ untuk terus meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Perodua menerima 1.02 juta kenderaan di pusat-pusat servis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, meningkat 1.2% dari 1.01 juta pada tempoh sama tahun lalu.

 

Previous post

Volvo XC60 T8 Dapat Rawatan Polestar Dengan 421hp

Next post

Hyundai i30 N - Pencabar Terbaru Pasaran 'Hot Hatch' Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *