Gaya Hidup

Toyota Berjaya Berada Di Hadapan BMW Dalam Nilai Jenama Global

Toyota telah berjaya mempertahankan gelaran sebagai jenama kereta yang paling berharga di dunia sekali lagi tahun ini. Penyelidik pasaran Kantar Millward Brown baru sahaja menjalankan kajian yang menunjukkan Toyota menahan kemaraan BMW dan Mercedes-Benz sekali lagi walaupun dengan krisis recall mereka.

Nilai jenama Toyota berkurangan 3% kepada USD28.7 bilion dengan peningkatan jualan telah diimbangi oleh cabaran mata wang serta peningkatan pelaburan dan kos buruh yang semakin meningkat, menurut BrandZ Top 100 Jenama Global Paling Bernilai.

“Toyota dilihat sebagai jenama nilai kualiti yang boleh dipercayai, ,” kata Peter Walshe, pengarah Global BrandZ di Kantar Millward Brown. “Malah, apabila ia telah melalui masalah recall, pengguna mereka berkata, ‘Apalah yang dikecoh-kecohkan, kereta saya tidak ada apa-apa!’

Toyota telah menyampaikan nilai yang hebat bertahun-tahun.” Toyota adalah No. 1 dalam 10 daripada 12 tahun kajian ini dijalankan.

Previous post

Renault Captur Datang Dengan Ciri-Ciri Keselamatan Terbaik

Next post

Harga Petrol & Diesel Minggu 8 Jun 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *