Gaya Hidup

Rob Melville Dilantik Pengarah Reka Bentuk McLaren Automotive

Rob menyertai McLaren Automotive pada tahun 2009 sebagai Designer Kanan, naik kepada Ketua Pereka pada tahun 2014. Semasa di McLaren, Rob telah bekerja di McLaren P1 ™, evolusi 12C kepada 650S, 675LT, dan bertanggungjawab bagi Siri Sport yang memenangi dalam kategori ‘Best of the Best’ anugerah reka bentuk Red Dot 2016.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Baru-baru ini beliau mengetuai reka bentuk 720S, model pertama dalam generasi kedua Super Series.

Sebagai Pengarah Reka bentuk, peranan baru beliau membuat Rob bertanggungjawab membangunkan lagi strategi reka bentuk, falsafah syarikat dan prinsip bekerja dengan kejuruteraan dan fungsi pengeluaran, serta pasukan insight pelanggan.

Sebelum McLaren, Rob memulakan kerjaya di Jaguar Land Rover di mana lakaran dan tanah liat beliau telah dipilih untuk kenderaan LRX Concept yang membawa kepada pengeluaran kereta Evoque.

Beliau kemudian menyertai GM sebagai Designer Kanan di Advanced Design Group UK. Sebagai bahagian penting dalam pasukan kreatif beliau bertanggungjawab untuk mengembangkan dan merealisasikan prinsip-prinsip reka bentuk Cadillac dan falsafah di seluruh portfolio produk, termasuk projek Cadillac Converj.

 

Previous post

Enjin Rotary Meraikan Harijadi Ke 50

Next post

Honda MSX 125 Dapat Empat Warna Segar, Aksesori H2C

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *