Berita Auto

Kempen Hari Raya Chevrolet Malaysia

Bagi menyambut kedatangan musim perayaan akan datang, Naza Quest Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan Chevrolet di Malaysia, telah melancarkan kempen Chevrolet Raya yang akan diadakan sehingga hujung bulan ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pelanggan ingin mendapatkan trak pikap 4X4 akan menikmati bonus dan pakej alat ganti dan kos buruh percuma dengan setiap pembelian Colorado. Semua kenderaan Chevrolet didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau 200,000 km.

Balik kampung dengan hati yang tenang Hari Raya ini dengan promosi servis Chevrolet yang menawarkan pemeriksaan 40-mata dan keahlian Chevy Assist selama setahun sepanjang kempen tersebut. Pemilik kenderaan Chevrolet juga disarankan untuk menghantar kenderaan bagi pemeriksaan untuk perjalanan yang selamat.

Selain daripada kempen Hari Raya, Naza Quest juga mengadakan peraduan Pandu Uji dan Menang yang berakhir pada 30 September 2017. Ia terbuka kepada orang ramai dan peserta hanya perlu melakukan tiga langkah mudah ini:

  • Langkah 1: Lawati pengedar sah Chevrolet terdekat.
  • Langkah 2: Pandu uji mana-mana model Chevrolet.
  • Langkah 3: Lengkapkan dan hantar borang penyertaan dengan slogan menarik kepada perunding jualan Chevrolet.

Setiap sesi pandu uji membolehkan peserta mendapat satu borang penyertaan; satu tempahan mendapat tiga borang penyertaan; dan satu pendaftaran mendapat lima borang penyertaan.

Tiga pemenang bertuah akan dipilih melalui tiga cabutan rawak yang akan diadakan setiap bulan. Hadiah pertama merupakan iPad Mini, hadiah kedua jam Suunto Traverse dan hadiah ketiga adalah kad petrol bernilai RM450.

Selaku penaja jersi kelab bola sepak terhebat dunia iaitu Manchester United, Chevrolet Malaysia juga menawarkan peluang untuk memenangi percutian ke London untuk dua orang berserta tiket perlawanan di Old Trafford sebagai Hadiah Utama pada akhir peraduan nanti.

 

 

 

Previous post

Pesanan ZF Periksa Shock Absorber Anda Musim Ini Untuk Keselamatan Maximum

Next post

Pandu Maserati Daripada Hanya RM6,220 Sebulan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *