Cerita Auto

Hyundai Kona Akhirnya Didedahkan

Hyundai bakal melancarkan SUV kompak terbarunya iaitu Kona namun sebelum itu, model terbaru itu didedahkan terlebih dahulu melalui dua gambar dan satu video trailer.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun imej yang disertakan agak gelap, ia cukup untuk memberikan gambaran bentuk badan Kona dengan jelas. Seperti yang dilihat sebelum ini, Kona menampilkan rekaan gril ‘cascading’ yang menjadi identiti terbaru serta dua pasang lampu, iaitu lampu nyalaan siang tirus di bahagian atas dan lampu utama pada bahagian bampar.

2017-kona-teaser-3

Bahagian hadapan Kona dipadankan dengan gerbang roda membonjol, garis sisi menyerlah serta kemasan plastik hitam di sekeliling badan untuk penampilan agresif yang lebih menyerlah. Bumbungnya dilihat didatangkan dalam warna kontras bagi memberi imej kontemporari.

Di belakang, Kona mempunyai lampu tirus, kemasan aluminium di bawah logo serta reflektor dengan rekaan timbul di bahagian bampar. Ia juga didatangkan dengan spoiler belakang yang juga dicat dalam warna kontras.

2017-kona-teaser-2

Hyundai masih menyimpan maklumat teknikal Kona, namun menurut syarikat itu, SUV segmen B itu akan dilengkapi dengan ‘head-up display’  yang memaparkan imej sebesar lapan inci dengan tahap pencahayaan 10,000 kandela meter persegi bagi menjamin penglihatan pada waktu siang dan menyokong pemanduan yang selamat.

Previous post

Triumph Pembekal Enjin Moto2 Bermula 2019

Next post

Mercedes-Benz Kukuhkan Komitmen Jadikan Malaysia Hab EEV

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *