Cerita Auto

Mercedes-Benz Kukuhkan Komitmen Jadikan Malaysia Hab EEV

Dalam usaha merealisasikan aspirasi menjadikan Malaysia hab kenderaan cekap tenaga (EEV), Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi latihan pengenalan kenderaan bervoltan tinggi untuk kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seramai 40 kakitangan Bomba telah dipilih untuk menjalani latihan melibatkan aspek teknikal dan pengalaman sebenar dalam menangani situasi kecemasan melibatkan kenderaan hibrid dan elektrik. Latihan tersebut dijalankan di Akademi Latihan MBM di Puchong, Selangor, di mana para peserta diperkenalkan kepada model-model seperti S400h, C350e dan E350e.

Sesi latihan tersebut merangkumi enam perkara utama, antaranya memastikan kakitangan Bomba dapat mengenal pasti jenis sistem voltan tinggi dan komponen berkaitan di dalam kenderaan, serta ciri-ciri keselamatan yang ada pada kenderaan hibrid dan elektrik.

Photo 1

Peserta juga dilatih untuk menggunakan aplikasi Mercedes-Benz Rescue Assist. Responden pertama diajar untuk mencari dan mengimbas kod QR bagi mendapatkan maklumat mengenai kenderaan yang terlibat, melaksanakan prosedur melibatkan bateri bervoltan tinggi dan mengenal pasti mod operasi berbeza. Peserta berpeluang menguji keberkesanan aplikasi ini semasa latihan.

Selain itu, MBM juga menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif Malaysia (MAI) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Madani Sahari. Bertujuan untuk merapatkan jalinan antara MAI dan MBM, MoU tersebut mengukuhkan lagi komitmen MBM untuk industri automotif negara ini, khususnya dalam bidang pembangunan sumber bakat mapan. Ia juga membolehkan program Mercedes-Benz Advanced Modern Apprenticeship menerima pengiktirafan daripada MAI.

Previous post

Hyundai Kona Akhirnya Didedahkan

Next post

Proton Iriz Versi Diperhalusi Dilancarkan Secara Rasmi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *