Berita Auto

Honda Jazz Baharu Dilancarkan

Honda Malaysia meneruskan usaha bagi memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran dengan pelancaran Honda Jazz baharu. Selain daripada S, E dan V, hatchback itu turut ditawarkan dalam varian Sport Hybrid, menjadikan Malaysia satu-satunya negara selain Jepun yang menawarkan varian itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tiada perubahan dari segi teknikal di mana varian-varian petrol mengekalkan enjin 1.5-liter i-VTEC dengan 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,600 rpm, dan transmisi CVT yang dibangunkan dengan teknologi Earth Dreams.

Honda Jazz

Varian Sport Hybrid pula menampilkan sistem hibrid intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD) yang terdiri daripada enjin 1.5-liter i-VTEC kitaran Atkinson dan motor elektrik yang ditempatkan di dalam unit transmisi dwi klac dengan tujuh kelajuan. Hasilnya, Jazz Sport Hybrid mendapat 137 PS serta mod elektrik yang membolehkan ia dipandu tanpa menggunakan enjin pembakaran.

Berbanding sistem Integrated Motor Assist (IMA) yang digunakan sebelum ini, sistem hibrid terbaru keluaran Honda menggunakan bateri lithium-ion yang bukan sahaja lebih ringan dan kompak, malah boleh menyimpan 1.5 kali lebih banyak tenaga. Ia terletak di bahagian bawah lantai bagi menjimatkan ruang.

Honda Jazz

Selain itu, Honda juga telah mempertingkatkan stereng kuasa elektrik bagi mendapatkan pengendalian yang lebih mantap serta keselesaan ketika memandu. Apabila ditekan, butang mod ‘S’ menawarkan kuasa maksimum yang bersamaan dengan enjin 1.8-liter.

Ditawarkan dalam satu varian, Jazz Sport Hybrid didatangkan dengan beberapa penambahbaikan unik seperti ciri ‘shift by wire’ untuk penukaran gear lebih lancar, rekaan meter 3D serta Cruise Control.

Honda Jazz

“Sebelum pelancaran pada hari ini, kami telah menguji dan memandu model ini sejak dua tahun lalu dengan jarak lebih 7,000 km di atas jalan di Malaysia. Jazz Hybrid bBaharu telah diuji di atas kondisi jalan berbeza seperti trafik sesak, laluan bengkang-bengkok dan berbukit curam. Ujian ini membolehkan kami menjadikannya lebih sempurna dan menawarkan kereta yang sesuai dengan kondisi jalan raya serta gaya pemanduan rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi.

Dari segi kelengkapan, semua varian Jazz kini menampilkan gril hadapan krom, bampar hadapan dan belakang baru, butang penghidup enjin, ciri Smart Entry, serta butang Econ. Penambahbaikan lain termasuklah rim aloi dua tona untuk varian V, lampu nyalaan siang LED dan kamera undur bagi varian E dan V.

Honda Jazz

Bahagian kabin varian V juga didatangkan dengan ‘paddle shifter’, Cruise Control serta tempat duduk separa kulit, manakala E  menerima panel sentuhan untuk sistem pendingin hawa automatik. Sementara itu, paparan audio bersaiz 6.8 inci yang baru didatangkan standard dalam varian E dan V.

Dari segi keselamatan, Jazz baru telah menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP. Brake Assist (BA) dan ABS ditawarkan pada semua varian. Varian V mengekalkan enam beg udara, manakala varian E ditambah menjadi empat beg udara. Sama seperti varian E, varian Sport Hybrid turut menerima empat beg udara. Ciri Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA) boleh didapati pada varian E, V dan Sport Hybrid.

Honda Jazz

Varian S, E dan V ditawarkan dalam lima warna iaitu kelabu metalik (Modern Steel Metallic), perak metalik (Lunar Silver Metallic), merah (Carnival Red), putih (Taffeta White) dan hitam (Crystal Black Pearl). Sementara Jazz Sport Hybrid pula boleh didapati dalam warna perak metalik (Lunar Silver Metallic), kelabu metalik (Modern Steel Metallic) dan putih mutiara (White Orchid Pearl).

Harga atas jalan tanpa insurans bagi Jazz bermula dari RM74,800 untuk varian S, RM81,000 untuk E dan RM88,400 untuk V, manakala varian Sport Hybrid pula dijual pada harga RM87,500. Ia didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta jaminan selama lapan tahun untuk bateri Lithium-ion bagi Jazz Sport Hybrid.

Honda Jazz

 

Previous post

Apa Yang Boleh Diharapkan Dengan CR-V Baharu

Next post

Jualan Kereta Diesel Jatuh 15% Setakat Ini Tahun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *