Berita Auto

Volvo Mula Eksport S90 Dari China Ke Eropah Melalui Kereta Api

Volvo mencatat sejarah apabila menjadi pengeluar kenderaan pertama dunia mengeksport kereta yang dipasang di China ke Eropah melalui kereta api di bawah inisiatif perdagangan ‘One Belt, One Road’ yang diperkenalkan oleh negara itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kereta yang dimaksudkan adalah S90, yang dibina di kilang Volvo bertempat di Daqing, dan akan tiba di sebuah pusat pengedaran di Zeebrugge, Belgium minggu ini.

???????????????????????????????????????????????????

Menurut Volvo, laluan rel China-Eropah tersebut menyingkatkan waktu penghantaran sebanyak dua pertiga berbanding laluan kapal, membolehkan pelanggan menerima kereta mereka dengan lebih cepat selepas membuat tempahan. Bukan itu sahaja, menggunakan kereta api juga lebih bersih dari segi emisi karbon dioksida berbanding kapal.

??????????????????

Setiap kereta api yang bergerak dari Daqing ke Zeebrugge membawa 120 unit kenderaan Volvo yang ditempatkan di dalam kontena yang direka khas. Setiap kontena pula mengandungi tiga buah kereta yang diikat dan diletakkan pada sudut berbeza bagi tujuan memaksimumkan penggunaan ruang.

??????????????????

Buat masa ini, kereta api yang membawa kereta Volvo berlepas dari Daqing seminggu sekali, namun syarikat itu mensasarkan untuk meningkatkan jumlah kereta api pada masa akan datang, selaras dengan peningkatan permintaan.

Previous post

Rolls-Royce Sweptail - Kereta Termahal Dunia?

Next post

Perodua Jalin Kerjasama Dengan Grab

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *