Berita Auto

Rolls-Royce Sweptail – Kereta Termahal Dunia?

Pada tahun 2013, Rolls-Royce didatangi seorang pelanggan yang mahukan sebuah kereta coupe dua tempat duduk yang diinspirasikan oleh kenderaan Rolls-Royce pada zaman 1920-an, kapal mewah serta jet peribadi. Hasilnya adalah sebuah model ‘one-off’ (bermakna ada satu unit sahaja di dunia) yang dikenali sebagai Sweptail.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Direka oleh Giles Taylor, pengarah bahagian rekaan Rolls-Royce Motor Cars, Sweptail mempunyai bentuk badan unik yang begitu unik terutamanya di bahagian belakang di mana garis bumbungnya ‘ditarik’ secara dramatik, menghasilkan bumbung berbentuk segi tiga. Bahagian ini diperbuat daripada kaca (yang terbesar dan paling kompleks pernah dibina Rolls-Royce) bagi menerangi ruang kabin.

??????????????????????????????????????????????????????????

Jika dilihat dari bahagian hadapan, Sweptail tidak ubah seperti kebanyakan kereta Rolls-Royce yang boleh dilihat di jalan raya. Ia menampilkan jeriji ‘Pantheon’ yang dihasilkan daripada aluminium seterusnya digilap sehingga berkilat seperti cermin.

??????????????????????????????????????????????????????????

Bahagian dalaman Sweptail pula mengetengahkan konsep minimalistik, namun ia masih mewah dengan penggunaan material seperti kayu Macassar Ebony, kemasan kulit Moccasin dan Dark Spice, serta aluminium dan gentian karbon. Oleh sebab ia hanya mempunyai dua tempat duduk, bahagian tempat duduk belakang digantikan dengan rak yang diperbuat daripada kayu.

??????????????????????????????????????????????????????????

Secara rasminya, Rolls-Royce tidak mendedahkan harga bagi model binaan khas ini, namun menurut laporan, ia dikatakan berharga USD 13 juta (RM55 juta), menjadikannya kenderaan paling mahal pernah dihasilkan syarikat itu dan antara yang termahal di dunia.

??????????????????????????????????????????????????????????

P90261368_highRes_rolls-royce-sweptail

Previous post

Kereta Ikrar Peugeot 208 Akan Berkhidmat Sebagai Inspirasi Mudah Alih Untuk Atlet Negara Sekitar Lokasi Fit Malaysia

Next post

Volvo Mula Eksport S90 Dari China Ke Eropah Melalui Kereta Api

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *