Cerita Auto

Volvo, Google Bekerjasama Membangunkan Sistem Infotainment Berasaskan Android

Volvo telah mengumumkan kerjasama dengan gergasi teknologi iaitu Google dalam usaha membangunkan sistem infotainment dan perhubungan berasaskan sistem operasi Android. Sistem itu dijangka akan dilancarkan pada kenderaan Volvo dalam tempoh dua tahun.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kerjasama tersebut bakal merevolusikan cara pelanggan Volvo berinteraksi dengan kereta mereka menerusi applikasi Android yang dibangunkan sama ada oleh Google, Volvo atau pemaju aplikasi pihak ketiga.

“Platform dan perkhidmatan Google akan meningkatkan pengalaman pengguna dengan membolehkan lebih banyak tetapan peribadi, manakala Android akan menawarkan lebih fleksibiliti dari perspektif pembangunan,” kata Henrik Green, Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Pembangunan, Volvo Car Group.

Kerjasama Volvo dengan Google turut mencerminkan usahasama berterusan antara industri automotif dan teknologi. Pengeluar kenderaan dari Sweden itu percaya perkongsian pintar adalah masa depan bagi industri automotif. Menggunakan Android sebagai sistem operasi asas akan meningkatkan kelajuan dan fleksibiliti dalam pembangunan, seterusnya menawarkan pelanggan keupayaan untuk memperibadikan pengalaman bersama kenderaan.

Selain itu, Volvo juga sedang bekerjasama dengan Google bagi menambah ciri Google Logal Search pada model-model Volvo sedia ada. Ciri ini akan dilancarkan menerusi kemaskini pada sistem Sensus Navigation.

 

Previous post

Go Auto Tembus Pasaran Batam, Indonesia

Next post

Ford Supercar Dapat Lebih Boost Untuk 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *