Cerita Auto

Go Auto Tembus Pasaran Batam, Indonesia

GO Auto terus mengorak langkah agresif dengan menembusi pasaran Batam, Indonesia dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab jenama Haval di rantau ASEAN.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Go Auto, Ahmad Azam Sulaiman bersama Pengarah Urusan PT. Makmur Andalan Indonesia (MAI), Sudry Aliyanto dan Pengarah Urusan PT. Nusa Jaya Mobilindo, Acun di Batam , Indonesia.

Sebagai permulaan, antara model-model Haval yang dilancarkan untuk pasaran Batam terdiri daripada H1, H2 and H8.

Haval H1

Batam ialah pasaran ASEAN seterusnya ditembusi oleh Go Auto selepas berjaya memasarkan produk Haval ke Kemboja dan Brunei .

Usaha eksport itu juga seiring wawasan Go Auto untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pemasangan kenderaan utiliti sukan (SUV) Haval berstatus EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) bagi seluruh pasaran ASEAN.

Haval H2

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Go Auto, Ahmad Azam Sulaiman berkata, kemasukan Go Auto dan Haval ke pasaran Batam, Indonesia berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.

“Kami sudah menerima tempahan hampir 100 unit untuk pasaran Batam dan optimis angka ini akan terus meningkat selepas dilancarkan secara rasmi. Sasaran untuk 2017 di Batam adalah sebanyak 400 unit.

Haval H8

“Selain Kemboja, Brunei dan Batam, Go Auto turut merancang memasuki beberapa negara ASEAN lain seperti Vietnam, Filipina serta Myanmar antara tahun ini dan tahun hadapan.

“Selain itu, kami juga mendapat permintaan dari Singapura yang difikirkan sangat menarik. Ia bukan kerana nilai pasaran, tetapi jenama itu sendiri. Kemasukan Haval ke Singapura akan menjadi penanda aras yang baik untuk jenama itu di ASEAN,” tambah Azam lagi.

Previous post

Next Bike Lancar Program Ducati Smart Service

Next post

Volvo, Google Bekerjasama Membangunkan Sistem Infotainment Berasaskan Android

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *