Gaya Hidup

Proton Saga Menang Anugerah ‘COMPACT SEDAN OF THE YEAR’

PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) menerima satu lagi pengiktirafan

bagi Proton Saga dengan memenangi Anugerah ‘Compact Sedan of the Year’ anjuran Drive Safe and Fast dan Allianz

General Insurance Company (Malaysia) Berhad. Saga generasi ketiga yang dilancarkan pada 28 September 2016 kekal

dengan DNA-nya sebagai kereta rakyat dengan menjadi kereta sedan yang paling mampu dimiliki di negara ini. Acara

tersebut telah diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Photo 3 - Encik Abdul Rashid Musa, CEO of PROTON Edar to receive the award

“Kami amat terharu dan gembira dengan pengiktirafan ini. Saga baharu ini telah menerima pelbagai penambahbaikan,

peningkatan dan penghalusan sejak ia diperkenalkan pada 1985. Pelanggan boleh merasai ruang yang lebih senyap hasil

pengurangan bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) yang telah dilakukan, reka bentuk yang lebih bergaya, praktikal, berciri

keselamatan dan lebih selesa. Ini dikira sebagai titik kepada segala usaha yang dilakukan oleh pekerja kami di PROTON

untuk memberikan nilai yang terbaik buat pelanggan. Bermula dari RM36,800 untuk varian Standard, ia adalah mampu

dimiliki ramai,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

 

Antara anugerah yang telah diperoleh oleh Proton Saga baharu sejak dilancarkan pada tahun lalu adalah ‘The Rising Star

oleh ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2016 dan ‘Value for Money Car’ oleh MAI Malaysia Car of the Year 2016.

“Bagi varian 1.3L Premium, ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan canggih seperti ESC, ABS, EBD, kawalan

cengkaman, bantuan brek, kawalan cerun, beg udara, ISOFIX dan top-tether, dengan sensor di depan dan belakang pada

harga RM45,800. Kami amat menghargai pengiktirafan dan kepercayaan yang berterusan kepada produk kami dan ini

akan terus memberikan insentif kepada kita semua di PROTON untuk bekerja lebih keras untuk memberikan produk dan

perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami,” kata Dato’ Fuaad.

 

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

 

Sepanjang Mei 2017, PROTON sedang menjalankan Kempen 5 Nilai Hebat dengan menawarkan 5 tahun Servis Percuma,

jaminan 5 tahun atau 150,000km (yang mana terdahulu) dan Bonus Perayaan RM500. Pemilik kereta Proton juga boleh

menikmati Bonus Kesetiaan tambahan sebanyak RM1,000 kepada promosi sedia ada untuk pembelian kereta baharu

Proton, yang juga tertakluk kepada ahli-ahli keluarga terdekat pemilik Proton yang berdaftar. Bonus istimewa kepada para

guru dan jururawat bernilai RM500 turut diberikan. Promosi istimewa untuk kerusi kanak-kanak bernilai RM1,000 juga

boleh dibeli dengan harga promosi RM299 dengan mana-mana pembelian kereta Proton.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Proton Saga baharu dan promosi perayaan pada bulan Mei, hubungi Khidmat Pelanggan

PROTON, 1800 888 398 atau emel customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari media sosial rasmi kami

di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau instagram @ProtonCars. Bagi kemudahan tambahan, pelanggan boleh

memuat turun aplikasi mudah alih MyProton di Google Play dan Apple App Store.

Photo 1 - award

Previous post

BMW M240i Coupe Catit 4.4 saat?

Next post

Akid Pertaruh Pengalaman Di Kem VR46

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *