Berita Auto

Isuzu Buka Pusat Servis Utama di Shah Alam

Dalam usaha menawarkan tahap perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif, efisien dan profesional kepada jumlah pelanggan yang kian bertambah, Isuzu Malaysia telah menubuhkan sebuah kemudahan selepas jualan utamanya di Shah Alam, Selangor. Kemudahan ini menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan yang lebih cekap dan pantas kepada pemilik kenderaan Isuzu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dioperasi dengan kerjasama Automotive Corporation Malaysia (ACM), anak syarikat DRB-Hicom Bhd, Isuzu Service Center (ISC) diuruskan oleh pasukan teknikal dari Isuzu Motors Limited, Jepun dan disokong oleh juruteknik-juruteknik yang memiliki sijil i-MEC Isuzu.

Emissions Tester

Kemudahan itu juga menempatkan Pusat Teknikal Isuzu di mana mekanik-mekanik pelatih menjalani latihan. Ia dibuka secara rasmi hari ini oleh Pengerusi Isuzu Motors Limited, Susumu Hosoi dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Dato’ Sri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka, ISC menyediakan platform buat Isuzu untuk meningkatkan hubungan dengan para pelanggan. Ini dapat dilaksanakan dengan cara memenuhi keperluan pemilikan mereka sepenuhnya.

Brake Tester

“Dengan lebih 10,000 kenderaan baharu Isuzu didaftarkan setiap tahun di Malaysia, kami berharap agar ISC mampu menawarkan sokongan tambahan kepada rangkaian pengedar kami serta jumlah pelanggan yang kian meningkat dengan perkhidmatan selepas jualan yang efisien dan teliti,” kata Matsuoka.

Menerusi kedudukan strategik ISC yang terletak di wilayah tengah, hampir dengan rangkaian lebuh raya utama, pusat logistik dan pelabuhan, kemudahan itu sememangnya sesuai untuk memberi perkhidmatan kepada trak-trak jarak jauh.

Service Bay

Salah satu objektif utama ISC adalah untuk menyediakan proses pembaikan yang lebih pantas bagi memendekkan tempoh kenderaan tidak dapat beroperasi. Ini dapat dilakukan melalui tenaga kerja yang cekap, alat ganti yang tersedia dan kemudahan komprehensif dengan 16 ruang penyelenggaraan.

Kemudahan seluas 2 ekar yang akan disiap dan dilengkapkan sepenuhnya menjelang suku ketiga 2017 itu akan dilengkapi dengan pengangkat berkapasiti tinggi yang mampu mengangkat trak tugas sederhana dan berat. Ia juga dilengkapi dengan alat ujian kalibrasi brek, alat pengukur emisi ekzos, mesin penjajaran tayar dan roda untuk memastikan kenderaan komersial itu bersedia sebelum pemeriksaan PUSPAKOM. Kemudahan tersebut bakal dipasang dengan pelbagai peralatan diagnostik untuk tujuan ‘troubleshoot’ atau talaan bagi kenderaan Isuzu.

Dr Mobile

Isuzu Service Center dibuka mulai Isnin hingga Jumaat dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang dan dari 8:30 pagi hingga 5:00 petang pada hari Sabtu. Kemudahan itu turut menampatkan servis Isuzu Dr. Mobile 24 jam yang boleh dihubungi menerusi talian hotline Dr. Mobile: 1- 800-88- 8000.

Previous post

Honda CBR500R dan CB500F Kini Dalam Warna Lemon Ice Yellow

Next post

Kit Prior-Design Untuk McLaren 570S Nampak Hebat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *