Motosikal / Lain Lain Roda

Honda CBR500R dan CB500F Kini Dalam Warna Lemon Ice Yellow

Boon Siew Honda telah melancarkan duo CBR500R dan CB500F versi terbaru yang kini boleh didapati dalam warna kuning Lemon Ice Yellow.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagaimanapun, spesifikasi teknikal bagi kedua-dua model tidak berubah. Menjana kedua-dua CBR500R dan CB500F adalah enjin 471 cc, DOHC dengan silinder berkembar selari yang menghasilkan 47 hp pada 8,500 rpm dan 44 Nm tork pada 7,000 rpm. Kuasa yang terhasil disalurkan ke roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan.

Kedua-dua motosikal juga dilengkapi dengan fork teleskopik di hadapan serta suspensi jenis monoshock di belakang, manakala kuasa membrek pula dibekalkan oleh cakera tunggal bersaiz 320 mm di hadapan dan 240 mm di belakang. Sementara itu, kapasiti tangki minyak adalah 16.7 liter.

???????????

Selain itu, ia turut didatangkan dengan lampu LED depan dan belakang, tuil brek hadapan boleh laras serta rekaan ekzos yang sporty. Ciri “wave key” turut disertakan bagi meningkatkan ciri keselamatan.

Harga bagi CBR500R bermula dari  RM31,681.28 bagi versi standard dan RM35,179.28 bagi versi ABS. CB500F pula boleh menjadi milik anda dengan harga bermula dari RM31,363.28 (standard) dan RM34,861.28 (ABS). Kedua-dua model juga boleh ditawarkan dalam warna Millenium Red dan Matt Gunpowder Black.

????????????

Boleh didapati di bilik pameran Boon Siew Honda di seluruh negara, CBR500R dan CB500F didatangkan dengan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 km.

 

???????????

???????????

 

????????????

 

Previous post

Showroom Acecourt Ford Di Taiping Dibuka Semula Selepas Renovasi

Next post

Isuzu Buka Pusat Servis Utama di Shah Alam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *