Berita Auto

Infinti Q60 ‘Sports Coupe’ Tiba di Pasaran Malaysia

Infiniti Malaysia hari ini telah melancarkan model Q60 serba baharu. Diperkenalkan buat pertama kali di acara Detroit Auto Show awal tahun lalu, sports coupe premium itu hadir dalam varian 2.0L.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diserlahkan melalui garisan agresif dan bentuk badan yang gagah, Q60 tampil dengan ciri-ciri rekaan unik seperti jeriji gerbang berkembar dan tiang C berbentuk bulan sabit yang menyerlahkan lagi aspek dinamik kereta tersebut.

IMG_6243

Lampu LED dengan teknologi panduan cahaya menyerupai bentuk mata manusia, manakala rim aluminium aloi bersaiz 19 inci yang disalut tayar ‘run-flat’ bersaiz 225/40 RF19, serta spoiler ‘duck tail’ di bahagian belakang memberikan Q60 impak visual yang sporty.

Q60 boleh didapati dalam lima warna, dengan ‘Dynamic Sunstone Red’ warna terbaru bagi barisan jenama itu. Kemasan cat tersebut dilindungi oleh satu lapisan filem yang turut memberi kesan yang lebih berkilat.

17TDIus_Q60123

Di dalam kabin, Q60 mengurangkan penggunaan butang pada konsol tengah dengan menggunakan skrin sesentuh berkembar (8 inci atas dan 7 inci bawah) sebagai sebahagian daripada sistem InTouch jenama itu. Ia turut dilengkapi dengan sistem bunyi Bose Performance Series yang mempunyai 13 unit pembesar suara.

Juga baru di dalam kabin adalah tempat duduk yang direka khas mengikut bentuk tulang belakang, sekaligus memberi sokongan dan mengurangkan tekanan pada otot belakang. Selain itu, sports coupe itu turut didatangkan dengan Active Noise Cancellation dengan cermin hadapan akustik, serta cahaya ambien LED.

IMG_6242

Q60 dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder DGI dengan jumlah kuasa sebanyak 211 hp pada 5,500 rpm dan 350 Nm tork dari 1,250 hingga 3,500 rpm. Unit itu dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan yang menampilkan teknologi Adaptive Shift Control (ASC) yang beroperasi mengikut perubahaan topografi pada permukaan jalan.

Pemanduan Q60 boleh ditetapkan melalui Drive Mode Selector (DMS) yang boleh diakses melalui skrin sesentuh atas. Sistem tersebut membolehkan pemandu memilih mod-mod yang disediakan iaitu Standard, Snow, Sport dan Personal. Dalam mod Sport, tukaran gear dilakukan dengan lebih agresif manakala bunyi dari enjin dikuatkan melalui ciri Active Sound Enhancement.

IMG_6245

Dari aspek keselamatan pula, Q60 menampilkan enam beg udara sebagai standard dan juga hud ‘pop-up’ yang bertujuan mengurangkan kecederaan pada pejalan kaki sekiranya berlaku perlanggaran.

Diimport sepenuhnya dari Jepun, Infiniti Q60 serba baharu dijual pada harga RM308,800 (termasuk GST, tanpa insurans) dengan jaminan selama tujuh tahun tanpa had perbatuan. Orang ramai yang berminat boleh memandu uji model tersebut mulai 7 Mei ini.

DI_17TDIus_Q60028

 

 

Previous post

Renault Captur Jimat Minyak Sehingga 5.4L / 100km

Next post

Honda Malaysia Yakin Capai Sasaran Jualan 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *